Anda di sini

Disney+ Hotstar di Astro mulai 1 Jun

Advertisement
 

ASTRO baru-baru ini telah mengumumkan pelantikannya oleh The Walt Disney Company sebagai pengedar rasmi untuk perkhidmatan penstriman yang dinantikan, Disney+ Hotstar, di Malaysia yang akan dilancarkan pada 1 Jun depan.

Pelanggan Astro akan dapat strim lebih daripada 800 filem dan 18,000 kandungan episod Disney yang menakjubkan pada aplikasi Disney+ Hotstar.

Astro berusaha untuk menyediakan kandungan Disney+ Hotstar menerusi kotak Ultra dan Ulti yang disambungkan, pada tahun ini kelak dan memberikan kemudahan hiburan sehenti kepada pelanggan Astro.  

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata, “Kami gembira dapat menjadi pengedar rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia dan akan mengagregasikan lebih banyak kandungan bertaraf dunia di platform kami. Tidak lama lagi, pelanggan dapat menikmati kandungan hebat dari Disney+ Hotstar, tambahan kepada kandungan terbaik Astro, kandungan tempatan, karya asli yang memenangi anugerah, dan kandungan sukan yang tiada tandingannya, yang menjadikan kami destinasi hiburan yang tidak disangkal lagi oleh rakyat Malaysia.”

“Pelanggan ‘Movies Pack’ kami akan dapat strim hiburan bertaraf dunia di Disney+ Hotstar hanya dengan tambahan RM5 sebulan, sementara pelanggan selain ‘Movies Pack’ juga dapat menikmati Disney+ Hotstar melalui ‘bundle’ nilai menarik yang lain.

“Ini adalah permulaan yang baik untuk tahun penuh aksi di mana kami akan mengagregasikan perkhidmatan penstriman langganan video ‘on demand’ (SVOD), memberikan pelanggan kami pelbagai jenis hiburan untuk dipilih, yang memberi nilai dan kemudahan,” tambah beliau.

David Shin, Pengurus Besar, The Walt Disney Company di Taiwan, Hong Kong dan Asia Tenggara, berkata, “Kami teruja untuk melancarkan Disney+ Hotstar kepada para pengguna di Malaysia dan juga bekerjasama rapat dengan Astro untuk memberikan hiburan yang terbaik.”

Tambah beliau, “Dari kandungan klasik Disney yang ikonik, hinggakan siri Disney+ Original yang baharu, kandungan terbaik dari pengarah Malaysia, pembuat filem dan pelakon-pelakon serta siri dan filem Asia, pastinya ada sesuatu untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.”

 Endgame’ itu membuat penampilan sulung pada 9 Jun depan. Menampilkan  Tom Hiddleston sebagai watak tajuk, siri itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Owen Wilson, Gugu Mbatha-Raw, Sophia Di Martino, Wunmi Mosaku dan Richard E. Grant. Kate Herron bertanggungjawab sebagai pengarah manakala  Michael Waldron adalah ketua penulis. — Gambar Marvel Studios
AKAN DATANG: Peminat di Malaysia akan berpeluang menonton siri baharu ‘Loki’ di Disney+ Hotstar apabila siri yang berlaku selepas ‘Avengers: Endgame’ itu membuat penampilan sulung pada 9 Jun depan. Menampilkan Tom Hiddleston sebagai watak tajuk, siri itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Owen Wilson, Gugu Mbatha-Raw, Sophia Di Martino, Wunmi Mosaku dan Richard E. Grant. Kate Herron bertanggungjawab sebagai pengarah manakala Michael Waldron adalah ketua penulis. — Gambar Marvel Studios

Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia.

Ia menyatukan filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi, yang juga merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di Malaysia.

Disediakan pada peranti bersambung internet yang serasi, Disney+ Hotstar menawarkan kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem asli panjang, siri aksi langsung dan animasi, kandungan format pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan The Falcon and The Winter Soldier dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.

Disney+ Hotstar juga akan menampilkan simpanan kandungan yang luas untuk penerbitan pawagam Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi, Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi.

Advertisement