Anda di sini

Ding sertai mesyuarat bincang program di Meradong tahun ini

Advertisement
 Ding bersama beberapa perwa-kilan dari persatuan bukan kerajaan dan jaba-tan kerajaan sedang mengadakan mesyuarat.
MESYUARAT: Ding bersama beberapa perwa-kilan dari persatuan bukan kerajaan dan jaba-tan kerajaan sedang mengadakan mesyuarat.

BINTANGOR: Unit Cina SABERKAS Meradong dengan kerjasama persatuan-persatuan di daerah Meradong, Majlis Daerah Meradong Julau (MDMJ) dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong mengadakan mesyuarat di sini, semalam.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan program-program dilaksanakan di daerah Meradong pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, sesi perbincangan bersama amat penting sebagai perancangan aktiviti dianjurkan di kawasan itu terutama dalam suasana kehidupan norma baharu.

“Selain mengadakan perbincangan berkaitan akvitivi dianjurkan tahun ini, mesyuarat itu juga menjadi landasan membincangkan isu-isu berkaitan masyarakat setempat.

“Melalui program ini, kita berharap setiap perkara dan masalah membelenggu masyarakat peringkat akar umbi dan seterusnya mencari jalan penyelesaiannya.

“Kita yakin dengan cara komunikasi dua hala seperti ini dapat memberi keputusan dan penyelesaian terbaik kepada semua,” katanya turut hadir pada mesyuarat itu.

Menurut Ding, perbincangan itu juga mengulas berkaitan dengan isu pandemik COVID-19.

Katanya, masyarakat perlu sedar jalan terbaik memutuskan rantaian wabak itu adalah pada tahap displin dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan kehidupan.

“Perkara ini amat penting dan masyarakat perlu peka serta tidak memandang remeh. Jangan beranggapan tanggungjawab itu terletak pada pihak tertentu sahaja.

“Kita perlu sedar setiap peraturan ditetapkan kerajaan adalah memastikan kesejahteraan dan kebaikan semua pihak. Oleh itu, kita berharap semua dapat memberi kerjasama dan komitmen terhadap harapan dan misi tercapai dengan jaya,” jelasnya.

Katanya, dalam memastikan setiap perkara dan maklumat sampai kepada masyarakat, ketua kaum dan ketua masyarakat perlu memainkan peranan sebagai penyampai maklumat tepat.

Turut hadir Penolong Setiausaha MDMJ Lau Chi Sing, Pengerusi Unit Cina SABERKAS Meradong Ley Chee Hua dan beberapa ketua masyarakat.

Advertisement