Anda di sini

Billie Eilish ketuai senarai artis Governors Ball 2021

Advertisement
BILLIE EILISH
BILLIE EILISH

PENYANYI sensasi Billie Eilish, Post Malone dan A$AP Rocky bakal memimpin senarai artis di festival New York Governors Ball 2021, dengan Megan Thee Stallion dan J Balvin juga dijangka akan membuat persembahan.

Festival muzik tersebut yang biasanya berlangsung lewat musim bunga akan diadakan pada 24-26 September, dan penganjur berharap pemvaksinan beramai-ramai akan membolehkan persembahan dilangsungkan pada skala festival.

Penganjur memindahkan lokasi acara tiga hari itu yang selalunya diadakan di Randall’s Island New York, ke kompleks Citi Field di Queens, yang merupakan stadium tuan rumah pasukan besbol Mets dan kebelakangan ini menjadi lokasi vaksinasi besar-besaran.

Lokasi baharu ini lebih mudah diakses dengan pengangkutan awam berbanding Randall’s Island.

Menurut video yang memaparkan pelan lokasi tersebut, pentas bakal didirikan di lot parking dan bukan di dalam stadium.

Penganjur tidak memberi sebarang butiran sama ada mereka memerlukan bukti telah divaksin mahupun keputusan ujian koronavirus negatif, namun menyatakan mereka akan “menuruti segala garis panduan negeri dan kerajaan ketika acara tersebut.”

“Semakin ramai warga New York telah divaksin setiap hari, kami berbangga untuk menyokong seni dan kebudayaan dan membuka tangan kepada Governors Ball dan barisan hebat mereka, termasuk kelahiran New York City sendiri Princess Nokia, A$AP Rocky, dan King Princess,” kata Datuk Bandar Bill de Blasio dalam sebuah keterangan.

Pendedahan barisan tersebut dilakukan sehari selepas Gabenor Andrew Cuomo mengumumkan pelonggaran peraturan pandemik bermula pada 19 Mei, dan subway kembali beroperasi 24 jam bermula 17 Mei.

Edisi Governors Ball tahun lepas, menampilkan Missy Elliot, Tame Impala, Stevie Nicks, Vampire Weekend dan Solange terpaksa dibatalkan ekoran pandemik.

Penyebaran koronavirus telah memberi impak teruk kepada industri muzik langsung, termasuk festival yang menjadi platform kedua-dua artis terkemuka serta persembahan terbaru, dan merangsang ekonomi kawasan hos.

Festival perdana California Coachella juga dibatalkan selepas pada mulanya ditunda pada 2020, juga bersama Ultra dan Lollapalooza.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa festival telah mengumumkan penganjuran mereka, termasuk festival folk dan jazz di Newport, Rhode Island, yang dijadualkan pada akhir Julai, diikuti Bonnaroo Tennessee pada 2-5 September. — AFP

Advertisement