Anda di sini

Air paip keruh di Tatau cuma sementara

Advertisement
Petugas JBALB yang memperbaiki paip HDPE bersaiz 280 mm yang pecah di laluan Pan Borneo tengah malam tadi.
Petugas JBALB membaiki paip yang pecah di laluan Pan Borneo tengah malam tadi.

BINTULU: Keadaan air paip yang kotor dan keruh berlaku di Daerah Tatau berpunca dari pelepasan air yang dijalankan selepas selesai kerja-kerja memperbaiki paip jenis 'High Density Polyethylene (HDPE) bersaiz 280 milimeter yang pecah di laluan Pan Borneo sejak petang Ahad, kata Jurutera Air Bahagian Bintulu, Lai Kien Hong.

Paip yang pecah ini ujarnya selesai diperbaiki pada jam 12.30 tengah malam tadi yang mana fenomena air keruh dan kotor ini adalah berpunca dari pelepasan air berkenaan dan ia hanya sementara sebelum aliran air kembali jernih seperti sedia kala.

"Sebelum itu, kita di pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) turut memaklumkan warga Daerah Tatau mengenai kerja-kerja pembaikan paip yang dijalankan ini termasuk di laman sosial Facebook JBALB  Bintulu dan JBALB Sarawak," ujarnya.

Pihaknya dalam masa sama meminta maaf terhadap kesulitan yang terpaksa dialami penduduk setempat ekoran kekotoran yang dialami akibat paip pecah yang berlaku.

Menteri Utiliti Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika dihubungi berkata, paip pecah yang berlaku di Daerah Tatau tiada kaitan dengan sumber bekalan air.

"Kerja-kerja pelepasan air sudah dilakukan yang mana bekalan air bersih sudah sudah pulih sepenuhnya di kawasan Tatau sejak tengah malam tadi," jelas beliau.

  • oleh
  • Advertisement