Anda di sini

Satu kluster libatkan komuniti diisytihar di Kuching

Advertisement
 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan satu lagi kluster COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah klsuter yang aktif di negeri ini meningkat kepada 81.

"Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu kluster baharu iaitu Kluster Kampung Boyan, Kuching. 

"Kluster Kampung Boyan, Kuching merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan tiga keluarga di kampung berkenaan," katanya.

Menurut JPBNS, 69 individu disaring dan 19 daripadanya disahkan positif COVID-19 termasuk kes indeks manakala 50 lagi negatif. 

Kesemua kes positif COVID-19 ini dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dimasukkan ke PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut, tambahnya.

"Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan dua kluster tamat iaitu Kluster Emperoh Jambu, Kuching dan  Kluster Chupak, Serian.

"Sementara itu, 11 daripada 81 kluster aktif merekodkan penambahan kes baharu iaitu sebanyak 68 daan 70 kluster tidak merekodkan penambahan kes," katanya.

Mengenai status daerah COVID-19 di negeri ini, JPBNS berkata Simunjan kini berstatus hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas, menjadikan jumlah daerah hijau telah meningkat kepada empat.  

Tiga lagi daerah berstatus hijau ialah Asajaya, Telang Usan dan Kabong, tambahnya.

"Daerah Tatau pula telah kembali ke status jingga daripada status merah selepas merekodkan 32 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

"Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga telah meningkat kepada dua dan daerah berstatus merah telah menurun kepada 26. Jumlah daerah berstatus kuning juga menurun kepada lapan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement