Anda di sini

Lelaki warga asing anjur perhimpunan haram dikompaun.

Advertisement
PETER
PETER

TAWAU : Seorang lelaki warga asing dikenakan kompaun RM1,500 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Rabu lalu.

Lelaki berumur 34 tahun dan memiliki pasport perjalanan sah itu didakwa menganjur perhimpunan haram ‘Kerajaan Gagal’ pada Selasa lalu, di Pusat Komersial Ba Zhong, di sini.

Perhimpunan itu turut diikuti bersama kira-kira 20 individu lain tanpa mengamalkan penjarakan fizikal sambil memegang kain rentang dengan tulisan 'Kerajaan Gagal'.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya mendapat laporan mengenai perkara ini selepas sekeping gambar mereka tular di media sosial.

“Berdasarkan maklumat, polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai penganjur program tersebut pada 12 Mei lalu bagi membantu siasatan sebelum dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana ingkar arahan PKP.

“Kami sedang mengesan beberapa individu lain daripada kumpulan itu yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan bagi membantu siasatan atas kesalahan yang sama,”katanya dalam sidang media, di sini semalam.

Peter turut memberi amaran keras kepada semua warga asing yang menetap di daerah ini supaya tidak sekali-kali terlibat dalam sebarang kelakuan yang boleh melanggar undang-undang.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap warga asing terbabit termasuk mencadangkan supaya dokumen perjalanan (Pasport) mereka ditarik semula atau dibatalkan,”katanya

  • oleh
  • Advertisement