Anda di sini

Dua rumah panjang di Saratok dikenakan PKPD

Advertisement
 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lagi rumah panjang di daerah Saratok.

Menurutnya, PKPD akan dikuatkuasakan di Rh. Entingi Nanga Ingu Kabo, Krian dan Rh. Engkabi Tingkat Seblak, Roban bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

"PKPD di dua lokasi itu akan bermula 16 hingga 29 Mei ini," katanya dalam satu kenyataan.

JPBNS turut mengumumkan penamatan PKPD di empat lagi rumah panjang, hari ini.

Rumah panjang terlibat adalah Rh. Luni Jugah, Rh. Manna Mulok, Rh. Nelson Chuat Galong yang masing-masing di Mukah dan Rh. Mut, Nangga Maong, Sungai Mujok di Julau.

Mengenai pemantauan pematuhan garis panduan (SOP) PKPB di seluruh Sarawak, sebanyak 21 kompaun dikeluarkan polis di daerah Serian (10), Kuching (4), Mukah (3), Bintulu (3) dan Padawan (1) atas kesalahan melanggar SOP. 

Antara kesalahan direkodkan adalah sabong ayam (10), tiada penjarakan fizikal (4), tidak memakai pelitup muka (3), keluar tanpa alasan munasabah selepas jam 10.00 malam (2), melanggar SOP tambahan zon Bintulu (memancing) (1) dan tidak mengemas kini buku daftar pelanggan (1). 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 6,545 kompaun.

Manakala, pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula telah mengeluarkan 20 kompaun.

Antara kesalahan pelanggaran SOP ialah beroperasi melebihi masa yang ditetapkan (6), tidak mengemaskini buku daftar/buku daftar daftar tidak lengkap (4), tidak menggunakan pelitup muka (3), membenarkan pelanggan dine-in (2), tidak mendaftar MySejahtera/buku daftar (2), tidak mengimbas suhu badan (1), pengimbas suhu badan tidak berfungsi (1) dan beroperasi tanpa kebenaran (1). 

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 518 kompaun.

  • oleh
  • Advertisement