Anda di sini

Ding sampaikan sumbangan kepada SK Abang Amin Bintangor

Advertisement
 Ding menyampaikan sumbangan kepada SK Abang Amin Bintangor, semalam.
UNTUK KESELAMATAN: Ding menyampaikan sumbangan kepada SK Abang Amin Bintangor, semalam.

BINTANGOR: Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Amin Bintangor menerima sumbangan berupa pelitup muka, seunit mesin penyembur dan pensanitasi tangan, semalam.

Sumbangan tersebut di-sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis penyerahan sumbangan tersebut, Ding berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada langkah untuk membantu mengekang penularan pandemik CO-VID-19, terutamanya di sekolah.

“Dalam program ini, sebanyak 72 kotak pelitup muka dan seunit mesin penyembur telah disumbangkan melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.46 Meradong, manakala Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Sarawak menyumbang sekotak pensanitasi tangan.

“Melalui sumbangan ini kita berharap ia dapat menjamin keselamatan dan kesihatan para pelajar di sekolah ini apabila sesi persekolahan dibuka semula nanti.

“Kita berharap semua pi-hak dapat memberikan kerja-sama dan memastikan para pelajar dapat mematuhi pro-sedur operasi srandard (SOP) dan menjalani kehidupan dalam suasana norma baharu ketika berada di sekolah kelak,” kata Ding.

Sumbangan itu dijangka memberikan manfaat kepada 360 pelajar sekolah terbabit.

Turut hadir Guru Besar  SK Abang Amin Bintangor Abang Saini Abang Haron, Timbalan Ketua Pemuda PBB N.46 Meradong Zaini Busrah dan Pemanca Yii Hee  Sieng.

Advertisement