Anda di sini

Bomba padamkan kebakaran semak di Pulau Li Hua

Advertisement
 Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran semak di Pulau Li Hua, malam kelmarin.
PADAMKAN: Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran semak di Pulau Li Hua, malam kelmarin.

SIBU: Kebakaran semak seluas kira-kira dua ekar dilaporkan di Pulau Li Hua di sini malam kelmarin.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata, tiada kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.18 malam dan sepasukan lima anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Omar Ali Saifuddin Enton.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran semak seluas kira-kira dua ekar sedang berlaku, namun kami berjaya memadamkan api daripada merebak,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Advertisement