Anda di sini

3RRD hargai anggota ATM bertugas di SJR

Advertisement
 Amin (dua kanan) serta pegawai kanannya yang lain ketika bersama-sama menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota keselamatan yang bertugas di SJR Jambatan Durin di Sibu, kelmarin.
DIHARGAI: Amin (dua kanan) serta pegawai kanannya yang lain ketika bersama-sama menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota keselamatan yang bertugas di SJR Jambatan Durin di Sibu, kelmarin.
 Amin (tiga kanan) menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anggotanya yang bertugas di SJR Sungai Duan di Mukah, kelmarin.
SELAMAT HARI RAYA: Amin (tiga kanan) menyerahkan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anggotanya yang bertugas di SJR Sungai Duan di Mukah, kelmarin.

SIBU: Para petugas di sekatan jalan raya (SJR) di sini membabitkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari pasukan Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3RRD) telah dihargai pada perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Kelmarin, Pegawai Memerintah 3RRD Leftenan Kolonel Mohammed Amin Dollah@Abdullah telah mengagihkan sumbangan kepada mereka yang bertugas di SJR termasuk anggota keselamatan lain.

Dua SJR yang mendapat sumbangan itu ialah di SJR Jambatan Durin dan SJR Sungai Duan, Mukah.

Turut menerima sumbangan itu ialah anggota yang bertugas di Balai Pengawal pasukan 3RRD di Kem Oya, Batu 14, Jalan Sibu-Bintulu.

Beliau berharap dengan sumbangan yang diagih-kan akan membantu menaikkan moral di kalangan anggota 3RRD amnya ketika bertugas di musim perayaan.

Katanya, ia juga adalah satu bentuk penghargaan kepada mereka yang terpaksa bertugas serta berjauhan dari keluarga ketika musim perayaan ini.

Sementara itu, beliau mengingatkan kepada semua anggota agar sentiasa komited dalam melaksanakan tugas demi menjaga keselamatan kem dan me-mastikan pematuhan prose-dur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat dan terus dilaksanakan.

Majlis penyerahan sumbangan ini dilaksanakan dengan garis panduan norma-norma baharu yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Advertisement