Anda di sini

Wanita maut, pikap langgar treler

Advertisement
Keadaan pikap dipandu mangsa remuk teruk di lokasi kejadian.

MUKAH: Seorang wanita maut apabila pikap yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar sebuah treler di Kilometer 6 Jalan Oya-Igan, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu menyebabkan mangsa, Tan Yi Lin, 25, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan mendapati treler yang dipandu lelaki berusia 35 tahun bergerak dari Jalan Oya menuju ke Igan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba pikap dipandu mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian tepi depan sebelah kanan lori treler tersebut.

"Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata kejadian itu berlaku ketika hujan dan di selekoh selepas bulatan.

Menurutnya, pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Kes disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement