Anda di sini

PKPD tidak dilaksanakan untuk Kluster Kebagu

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk Kluster Kebagu kerana jangkitan COVID-19 tidak melibatkan penduduk Kampung Kebagu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jangkitan wabak berkenaan hanya berlaku dalamm kalangan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kebagu yang tinggal di luar kawasan kampung berkenaan.

"Pada 14 Mei 2021, Sabah juga tidak mencatatkan sebarang kluster baharu. Bagaimanapun jumlah kes baharu positif COVID-19 adalah sebanyak 53 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 59,202 kes. 

"Dua kes kematian direkodkan satu kes di Kota Kinabalu dan satu kes lagi di Keningau," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata,  jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh ialah 99 orang menjadikan jumlah kumulatif 58,067 orang.

Katanya, seramai 527 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 234 orang di hospital dan 293 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. 

"Bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi pula ialah 37 orang dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Menurutnya, daripada 53 kes positif COVID-19, sebanyak 25 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lima kes saringan bergejala, 17 kes dari kluster sedia ada serta enam kes dari lain-lain kategori.

Dalam pada itu katanya, sebanyak tujuh kompaun melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah.

Katanya, daripada jumlah itu tiga orang dikompaun kerana gagal mematuhi arahan Pegawai diberi kuasa dalam mengawal jangkitan dan empat orang dikompaun disebabkan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran.
 

  • oleh
  • Advertisement