Anda di sini

PKPB di Sarawak dilanjutkan sehingga 7 Jun 

Advertisement
 

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutkan untuk tempoh tiga minggu lagi mulai 18 Mei hingga 7 Jun 2021. 

Pelanjutan tempoh PKPB ini dipersetujui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) setelah menilai situasi kes positif COVID-19 yang masih tinggi di negeri ini. 

“Maklumat tambahan lengkap berhubung garis panduan (SOP) lanjutan PKPB akan dipaparkan di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya menerusi kenyataan. 

Sarawak hari ini menurut JPBNS merekodkan 324 kes baharu COVID-19 dengan sejumlah 237 kes dikesan di Daerah Miri, Bintulu dan Kapit. 

Daerah Miri katanya merekodkan kes harian tertinggi iaitu 146 kes, Bintulu (36), Sibu (33), Kapit (22), Selangau (16), Pusa (13), Kuching (13), Saratok (10), Mukah (10), Beluru (5), Belaga (3) dan Subis (3). 

Manakala lain-lain kes dikesan di Sri Aman (2), Matu (2), Pakan (2), Sebauh (2), Sarikei (2), Bukit Mabong (1), Betong (1), Meradong (1) dan Song (1) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 37,978 kes.

JPBNS turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan ke atas enam lagi lokaliti melibatkan dua buah kampung dan empat rumah panjang. 

Arahan PKPD ini katanya melibatkan Kampung Jabai dan Kampung Hulu Sebauh di Bintulu mulai 14 hingga 27 Mei 2021. 

Turut dikenakan PKPD Rh. Ayup, Nangga Lassi Mit dan Rh. Nyandang Lasi di Julau, Rh. Berayun, Sg Nansang Tugong dan Rh. Douglas Jenuang di Pakan  dari 15 hingga 31 Mei 2021. 

Manakala PKPD dilanjutkan bagi Rh. Jali dan Rh. Lanyau, Jalan Bukit Dinding-Bergerik, Mukah (16 hingga 23 Mei 2021), Rh. Gana, Kemantan dan Rh. Lat, Sungai Anggie Atas Bayong di Sarikei (18 hingga 23 Mei 2021). 

Sementara itu PKPD ditamatkan bagi Bilik Sewa Atas Guardian Medan Sentral, Bintulu, Rh. Lampoh Dana, Sg Mas, KM25 Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu, Rh. Sam Sumbang, Sg Mas KM25, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu dan Rh. Elbert Mejang, Sg Stam Rasan, Tubau, Sebauh. 

Turut ditamatkan PKPD melibatkan Rh. Mabong anak Juwat, Sg Stam Rasan, Tubau, Sebauh, Rh. Nelson Gima, Kuala Setiam, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Tatau, Rh. Nyalu Tabor, Sungai sedarah, Tatau dan Rh. Saran Belang, Nanga Tau, Tatau. 

PKPD di Rh. Jungan Mitoh, Sg Mas KM25 Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu, Jalan Bukut Balingian Mukah, Rh. Belayong, Rh. Muda, Rh. Tepi, Rh. Minggu dan Rh. Undum juga ditamatkan. 

  • oleh
  • Advertisement