Anda di sini

30 rumah terbakar di Kampung Meruntum

Advertisement
 Keadaan kebakaran memusnahkan 30 rumah di Kampung Meruntum di sini.
TERBAKAR: Keadaan kebakaran memusnahkan 30 rumah di Kampung Meruntum di sini.


PUTATAN: Tiga anggota bomba mengalami kecederaan semasa menjalankan operasi pemadaman kebakaran membabitkan 30 buah rumah atas air di Kampung Meruntum di sini petang tadi.

Asap kebakaran itu juga boleh dilihat di sekitar daerah ini serta pusat bandar sehingga di kawasan Kionsom Inanam selain menimbulkan pelbagai reaksi penduduk.

Pegarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Md Ali Ismail berkata meskipun tiada kecederaan dalam kejadian ini tetapi tiga anggota bomba mengalami kecederaan selepas terkena sambungan elektrik semasa melaksanakan operasi kebakaran.

Beliau yang ditemui di lokasi kejadian berkata kesemua anggotanya yang cedera kemudiannya sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I dan II untuk rawatan lanjut.

 "Mereka berada dalam keadaan stabil, dua dirawat di Hospital Queen Elizabeth I, manakala seorang lagi diberikan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II," katanya.

Terdahulu beliau berkata anggotanya ya g cedera terlebih dahulu diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital.

Katanya operasi pemadaman dijalankan seramai 25 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan Penampang.

“Api berjaya dikawal kira-kira 45 minit sebaik ketibaan pasukan bomba iaitu jam 8 malam tadi.

“Pasukan bomba masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca serta jumlah keseluruhan kerugian,” katanya.

Menurut saksi, kebakaran dipercayai bermula dari salah sebuah rumah sekitar jam 5.30 petang sebelum merebak dengan cepat berikutan keadaan rumah yang dibina pada jarak sangat rapat.

Kejadian ini adalah kebakaran kali kedua yang dilaporkan di Putatan iaitu kali pertama berlaku bulan lalu membabitkan 17 rumah di Kampung Dumpil Jalan Lok Kawi Lama di sini.

  • oleh
  • Advertisement