Anda di sini

Tun Juhar sertai warga Istana Negeri tunai solat Aidilfitri

Advertisement
 Tun Juhar (tengah) bersama Al Hambra (kiri) dan Ag Damit (kanan) mengikuti khutbah.
KHUTBAH: Tun Juhar (tengah) bersama Al Hambra (kiri) dan Ag Damit (kanan) mengikuti khutbah.

KOTA KINANALU: Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 menjadikan suasana solat sunat Hari Raya Aidilfitri kelihatan lebih tenang.

Di Istana Negeri, Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang berjubah coklat dan memakai pelitup muka turut melakukan imbasan suhu serta mengimbas kod QR sebelum masuk ke Surau Istana Negeri jam 8.45 pagi.

Kemudian, Tun Juhar menyertai kira-kira 20 jemaah terdiri daripada warga istana menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri yang dipimpin Pegawai Agama Istana, Imbran Anggun.

Selesai solat, Tun Juhar bersama jemaah mengikuti khutbah bertajuk 'Aidilfitri Dirai Bersama' yang disampaikan Imbran dan selesai pada jam 9.15 pagi.

Hadir mengiringi beliau ialah Timbalan Setiausaha Sulit, Ag Damit Pg Apong, Setiausaha Perhubungan, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir serta anakandanya, Brigdier Al Hambra Juhar yang juga Pengerusi Yayasan Nur Jauhar.
 

  • oleh
  • Advertisement