Anda di sini

Terus patuhi SOP : Hajiji

Advertisement
 Hajiji ketika bercakap kepada media.  
SIDANG MEDIA: Hajiji ketika bercakap kepada media.  

TUARAN: Rakyat diingatkan agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang sambutan Aidilfitri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata pematuhan tersebut bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung dan menyeru rakyat bersyukur kerana masih berpeluang merayakan sambutan terbesar umat Islam itu.

"Kita seharusnya bersyukur kerana dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dan saya ingin mengingatkan semua rakyat agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan," katanya ketika ditemui media selepas menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Haji Noor Kampung Serusup.

Hajiji yang berjubah putih tiba di masjid tersebut pada jam 7.30 pagi, diiringi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains), Datuk Saifulzaman Sangul dan Pengerusi Masjid Haji Noor, NorJeli Dais.

Solat bermula pada jam 7.40 pagi dan diimamkan oleh Nurul Hisham Bilin bersama 300 jemaah dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 sepenuhnya menerusi penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka.

Hajiji turut mengikuti khutbah bertajuk 'Aidilfitri Dirai Norma Baharu Diinsafi' yang disampaikan oleh khatib, Abdul Basid Salleh sebelum beredar meninggalkan masjid kira-kira jam 8.20 pagi.

  • oleh
  • Advertisement