Anda di sini

Rumah terbakar, 35 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Advertisement
 Anggota Bomba berusaha memadam dan mengawal kebakaran daripada terus merebak.
PADAM : Anggota Bomba berusaha memadam dan mengawal kebakaran daripada terus merebak.

TAWAU : Seramai 35 penduduk temasuk empat bayi tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kinabutan Bukit, Batu 6 Jalan Apas di sini kelmarin.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu bermula dari bahagian dapur salah sebuah rumah yang terlibat.

Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada jam 3.28 pagi berhubung kejadian itu.

“Sebaik menerima panggilan itu, seramai 13 orang pegawai dan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Suheizan Sahak digerakkan ke lokasi kejadian,”katanya

Menurut Komander Operasi, pasukannya menggunakan kekuatan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera kecemasan Emergency (EMRS).

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pasukannya melakukan pemadaman api dengan teknik 'Offensive Firefighting' di beberapa sudut rumah tersebut.

“Anggota berjaya menyelamat dan mengawal kebakaran dari terus merebak ke rumah berhampiran.

“Kebakaran melibatkan kemusnahan keseluruhan tiga buah rumah jenis tidak kekal manakala anggaran keluasan kawasan kebakaran adalah 70 kaki X 100 kaki,”katanya

Katanya, anggota Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.50 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 6.34 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan ringan melecur di bahagian kaki.

“Buat masa ini punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah,”katanya

  • oleh
  • Advertisement