Anda di sini

COVID:4,113 kes baharu hari ini

Advertisement
Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kes positif keseluruhan kini 462,190 kes- Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan COVID-19 menunjukkan sedikit penurunan apabila 4,113 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 4,855 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kes positif keseluruhan kini 462,190 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4112 merupakan kes tempatan melibatkan 3,791 warganegara manakala baki 321 bukan warganegara dan satu kes import.

Beliau memaklumkan terdapat 34 kematian melibatkan semua warganegara dilaporkan hari ini, iaitu jumlah kematian kedua tertinggi dicatatkan selepas 39 kematian, Rabu lalu.

Setakat ini, jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 kini 1,822 kes, katanya menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah kes sembuh yang dicatatkan hari ini ialah 4,190 kes dan seramai 482 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 250 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya kes aktif COVID-19 di seluruh negara kini berjumlah 41,471.

Menurutnya, berdasarkan pecahan kes setiap negeri, Selangor kekal merekodkan angka tinggi dengan 1,269 kes diikuti Sarawak (533 kes) dan Kelantan (371 kes).

 Ini disusuli Kuala Lumpur (306 kes), Pulau Pinang (266 kes), Kedah (228 kes), Pahang (178 kes), Perak (147 kes), Terengganu (165), Negeri Sembilan (124), Melaka (108 kes) dan Sabah (53 kes).

Putrajaya merekodkan 20 kes, Labuan (enam kes) dan Perlis pula lima kes baharu, katanya. - Bernama
 

Advertisement