Anda di sini

Impian kejuaraan La Liga buat Barcelona samar

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Levante dan Barcelona di Stadium Ciutat de Valencia. — Gambar AFP
BERTEMBUNG DI UDARA: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Levante dan Barcelona di Stadium Ciutat de Valencia. — Gambar AFP

MADRID: Lionel Messi menjaringkan satu gol cantik tetapi impian kejuaraan La Liga Sepanyol buat Barcelona mungkin berakhir selepas seri 3-3 di Levante pada Selasa, sekali gus memberikan Atletico Madrid dan Real Madrid peluang menjarakkan kedudukan di kelompok teratas liga.

Keciciran mata terbaharu ini mungkin memberi kesan yang besar kerana Atletico boleh menjarakkan kedudukan dengan kelebihan empat mata dan berbaki dua perlawanan jika menewaskan Real Sociedad pada perlawanan lewat.

Real Madrid pula boleh memiliki kelebihan dua  mata di  hadapan Barca jika menewaskan Granada hari ini.

Tiada sebarang jaminan dalam apa yang merupakan saingan sengit dalam beberapa minggu dengan semua empat pesaing kejuaraan liga mengalami keputusan tidak menentu.

Levante berada di tangga ke-14 liga dan hanya menang sekali dari lapan perlawanan terakhir tetapi mereka juga menyerlah pada tiga dari empat perlawanan terakhir menentang Barcelona di tempat sendiri dan pada Selasa, mereka sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Barca. — AFP

Advertisement