Anda di sini

PSB Miri agih 150 bubur lambuk

Advertisement
 Suzanne menyampaikan bubur lambuk kepada salah seorang pemandu ketika aktiviti di Luak Bay kelmarin.
AGIHKAN: Suzanne menyampaikan bubur lambuk kepada salah seorang pemandu ketika aktiviti di Luak Bay kelmarin.

MIRI: Parti Sarawak Bersatu (PSB) Miri mengedarkan sebanyak 150 pek bubur lambuk kepada pemandu yang melalui kawasan Tamu Dato Haji Ahmad Lai di Luak Bay, kelmarin.

Ketua Wanita PSB Pusat Suzanne Lee berkata, cara pengagihan itu diharap dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan pandemik itu.

“Saya menyeru penduduk Miri untuk lebih berjaga-jaga dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang.

“Kita raikan perayaan dengan amalan norma baharu dan mematuhi peraturan ditetapkan,” jelasnya.

Sumbangan itu merupakan antara aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan berterusan parti kepada penduduk di sini khasnya membantu mengurangkan beban golongan memerlukan.

Turut hadir Pengerusi PSB Pujut Bruce Chai dan Pembantu ADUN Batu Lintang Steve Teo.

Advertisement