Anda di sini

Muzium Memorial Hospital Lau King Howe gamit memori

Advertisement
 Ting (kanan) memberi taklimat kepada Abdul Karim ketika melawat Muzium Memorial Hospital Lau King Howe sambil diperhatikan oleh Lau (tiga kanan) serta yang lain.
LAWATAN: Ting (kanan) memberi taklimat kepada Abdul Karim ketika melawat Muzium Memorial Hospital Lau King Howe sambil diperhatikan oleh Lau (tiga kanan) serta yang lain.

SIBU: Kerajaan negeri sedia membantu dalam apa jua kapasiti bagi menjadikan Muzium Memorial Hospital Lau King Howe menjadi destinasi pelancongan utama di Sibu.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau mahu apabila pelancong datang ke Sibu, muzium ini akan menjadi destinasi pelancongan yang harus dikunjungi mereka.

“Kita akan melihat apa yang boleh kerajaan bantu dalam apa jua kapasiti bagi menjadikan muzium ini destinasi pelancongan utama.

“Apabila orang datang ke Sibu, muzium ini menjadi tempat yang harus mereka lawati,” ujarnya kepada pemberita selepas membuat kunjungan ke Muzium Memorial Hospital Lau King Howe, semalam.

Menteri Belia dan Sukan itu turut memberitahu, dalam lawatan itu banyak perkara baharu yang beliau pelajari.

“Sebelum ini saya hanya mendengar mengenai muzium ini dan pertama kali berada di sini. Saya juga gembira apabila diberitahu sebahagian kecil bekas Hospital Lau King Howe ini dipulihara dan dijadikan muzium.

“Begitu juga banyak peralatan dipulihara dan dipamerkan di sini seperti katil, alat pembedahan dan sebagainya. Semua yang dipamer ini tidak dapat dilihat di tempat lain.

“Oleh itu, saya gembira melihat semua ini dan usaha menukar bekas hospital menjadi muzium untuk tatapan generasi akan datang,” jelasnya.

Abdul Karim yang juga ADUN Asajaya berkata, beliau melihat muzium terbabit amat berkait rapat dengan kebanyakan penduduk Sibu terutama yang lahir di situ.

“Bagi saya, muzium memorial ini sesuatu yang amat nostalgia kepada penduduk Sibu yang perlu untuk kita pulihara,” ujarnya sambil memberitahu lawatan ke muzium itu turut membantu mengimbau kenangan masa lampau.

Dalam lawatan itu, Abdul Karim diberi taklimat oleh pengurus muzium John Ting Kang Hang. Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Muzium Memorial Hospital Lau King Howe Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming serta yang lain.

  • oleh
  • Advertisement