Anda di sini

Ligue 1: Lille hembus nafas lega di puncak liga

Advertisement
 Pemain Lille meraikan gol jaringan pada perlawanan Ligue 1 menentang Lens yang berlangsung di Stadium Bollaert di Lens. Lille menang 3-0. — Gambar AFP
RAIKAN: Pemain Lille meraikan gol jaringan pada perlawanan Ligue 1 menentang Lens yang berlangsung di Stadium Bollaert di Lens. Lille menang 3-0. — Gambar AFP

LENS: Pendahulu Ligue 1, Lille kekal tenang dalam meraih kemenangan 3-0 ke atas pasukan Lens kelmarin sekaligus memberi tekanan kepada pesaing mereka yang bakal bermain hujung minggu ini.  

Lille mengawal permainan seawal minit apabila pemain penyerang veteran Burak Yilmaz menyempurnakan gol penalti pada minit kedua.

Mereka menyusuri kemenangan selepas pemain pertahanan Lens Clement Michelin dikeluarkan padang buat kali kedua dalam Derby du Nord musim ini.

Lille mempunyai dua perlawanan lagi dan kemenangan tersebut meletakkan mereka empat mata berkelebihan dari juara bertahan Paris Saint-Germain, yang akan mengunjungi Rennes pada petang Ahad.

Di tangga ketiga Monaco ketinggalan lapan mata dengan berbaki tiga perlawanan.

Manakala Lens, menyerahkan harapan mereka untuk slot Liga Europa, jatuh di bawah Marseille dengan jurang satu  gol.

“Lebih sedikit perlawanan tinggal, lebih hampir  kami dengan kejuaraan itu, semestinya. Kami telah mengorak langkah besar, kini kami akan melihat kepada keputusan yang lain pula.” Kata pemain penyerang Lille Jonathan David yang menjaringkan gol ketiga pasukannya.

Sungguhpun begitu, beliau memberi peringatan: “Perkara yang paling sukar adalah untuk hadir, kesemua perlawanan sengit dan kami telah menyaksikannya musim ini selepas kalah dalam permainan yang mana kami ialah pasukan kegemaran. Kamu harus kekal fokus sehingga akhir sekiranya mahu memenangi kejohanan  ini.”

Lille mengasak dari awal permainan lantas meraih penalti selepas 62 saat setelah Seko Fofana dan Jonathan Clauss menerpa ketika memberi cabaran kepada Jonathan Bamba.

Yilmaz, berusia 35 tahun merembat sepakan penalti itu terus ke dalam pintu gol.

Michelin, seorang daripada dua pemain Lens yang dibuang padang semasa Lens tumpas 0-4 kepada Lille pada Oktober, dilayangkan kad kuning pertamanya setelah mengelecek bola dari belakang Yilmaz selepas 29 minit.

Beliau menerima kad kuning kedua akibat melompat pada Mehmet Zeki Celik semasa berebut tandukan pada minit ke-35.

Yilmaz menghukum pasukan tuan rumah lima minit kemudian dengan hantaran hebat yang melengkung dari jarak jauh, menyaksikan penjaga gol Jean-Louis Leca tidak berganjak ketika bola itu melepasi ke sudut atas.

Lille menambah gol ketiga selepas 60 minit. Leca berganding dengan Bamba terus menghantar ke David yang terus menyempurnakan gol.

Perlawanan tempat itu selalunya meriah namun berlangsung dalam stadium lengang, penyokong kedua-dua pasukan menunjukkan sokongan sebelum perlawanan.

Beribu orang peminat Lille meriah mengiringi bas pasukan mereka yang bertolak sejauh 35 kilometer ke Lens, manakala penyokong pasukan tuan rumah berhimpun di luar stadium. — AFP  

Advertisement