Anda di sini

Lewandowski fokus untuk pecah rekod gol Mueller

Advertisement
LEWANDOWSKI
LEWANDOWSKI

BERLIN: Jurulatih Bayern Munich Hansi Flick mengulas kelmarin bahawa Robert Lewandowski kini fokus untuk memecah rekod jaringan gol sepanjang masa Bundesliga Gerd Mueller dengan pemain penyerang Poland tersebut hanya kurang empat gol dengan berbaki tiga perlawanan musim ini.

Bayern sudah mencengkam gelaran juara Bundesliga buat sembilan musim berturut-turut selaku tuan rumah kepada Borussia Moenchengladbach semalam.

Lewandowski kini sedang memburu untuk menambah jumlah 36 gol daripada 26 permainan liga yang telah disertainya dalam musim ini.

Beliau mempunyai baki tiga perlawanan untuk memecah rekod liga Mueller dengan 40 gol dijaringkan pada 1971/1972.

“Lewandowski memberi konsentrasi dan fokus sepenuhnya kepada rekod tersebut, serta beliau juga mengetahui cara permainan kami,” kata Flick kelmarin.

“Beliau mempunyai tiga lagi perlawanan dan kita lihat apa yang terjadi pada penghujungnya,” tambah Flick dalam pada pasukan pertengahan carta Freiburg dan Augbsurg bakal berhadapan mereka selepas Gladbach pada Sabtu.

Ramai berpendapat bahawa rekod 49 tahun Gerd Mueller hampir mustahil untuk diatasi, namun Lewandowski menghampirinya setelah mencatat 34 gol dalam 31 perlawanan liga musim lepas.

Legenda Bayern berusia 75 itu kini berada dalam kesihatan buruk dan menghidapi dementia, tetapi Lewandowski  baru-baru ini memberitahu beliau percaya bahawa “Gerd Mueller akan menyenangi dan memahami, sekiranya saya mengambil rekod tersebut”. — AFP

Advertisement