Anda di sini

Dr Yusop santuni masyarakat Kg. Gadong menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan

Advertisement
 Dr Yusop (tengah) diiringgi Mohd. Sharif (kanan) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada seorang penduduk di Kg. Gadong.
SUMBANGAN AIDILFITRI: Dr Yusop (tengah) diiringgi Mohd. Sharif (kanan) menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada seorang penduduk di Kg. Gadong.

BEAUFORT: Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah (Warisan) P.178 Sipitang Datuk Dr Yusop Hj Yacob sepanjang bulan Ramadan ini turut menyantuni masyarakat di kawasan beliau menerusi Program Ziarah Kasih Ramadan.

Baru-baru ini, beliau telah meneruskan program berkenaan ke sekitar Kampung Gadong, Beaufort sambil diiringi oleh Ketua Wira Parti Warisan Sipitang Mohd. Sharif Hj Damsah.

 Beramah mesra bersama seorang penduduk Kg. Gadong di Majlis Berbuka Puasa di rumah Norhayati Lawi.
MAJLIS BUKA PUASA: Beramah mesra bersama seorang penduduk Kg. Gadong di Majlis Berbuka Puasa di rumah Norhayati Lawi.

Turut bersama ialah Pemangku Ketua Wanita Parti Warisan Sipitang Norhayati Lawi,  AJK Bahagian Parti Warisan Suriahati Stephen dan Ketua Penerangan Parti Warisan Sipitang Ag. Zaidi Pg. Wahab.

Pada program itu Dr Yusop telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan ibu tunggal, anak-anak yatim, asnaf dan golongan kurang upaya. 

Beliau telah meluangkan masa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk sekitar Kg Gadong yang diadakan di rumah Timbalan Ketua Wanita yang juga Pemangku Ketua Wanita Parlimen Sipitang Norhayati Lawi.

 Norhayati (kiri) bersama AJK Wanita Lumadan merakam kenangan selepas menagihkan bubur dan kuih untuk berbuka puasa di sekitar pekan Beaufort.
KENANGAN: Norhayati (kiri) bersama AJK Wanita Lumadan merakam kenangan selepas menagihkan bubur dan kuih untuk berbuka puasa di sekitar pekan Beaufort.

Pada sebelah malamnya, Dr Yusop telah bersama dengan masyarakat Islam Kg. Gadong menunaikan solat fardhu Isya seterusnya solat sunat Tarawih dan witir.

Sementara itu di sebelah petang pada hari yang sama, Pemangku Ketua Wanita Parlimen Sipitang Norhayati Lawi bersama AJK Wanita Lumadan telah melaksanakan program agihan bubur dan kuih untuk berbuka puasa kepada masyarakat di sekitar pekan Beaufort.

  • oleh
  • Advertisement