Anda di sini

UPPM Lamag agih bungkusan manisan berbuka puasa

Advertisement
 Abu Bakar edarkan bungkusan manis berbuka puasa kepada pengguna jalan raya
SELAMAT BERPUASA: Abu Bakar edarkan bungkusan manis berbuka puasa kepada pengguna jalan raya

KINABATANGAN:  Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lamag telah menganjurkan Jelajah Ramadan 2021 dengan mengagihkan bungkusan manisan berbuka puasa kepada pengguna kenderaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar berkata, program itu diadakan di Jalan Haji Pengiran Mohamad Galpam berhampiran Dewan Sri Lamag, petang semalam.

“Program ini dilaksanakan ada sebagai aktiviti berbuka puasa pada tahun ini dengan mengambil pendekatan dengan memberikan sumbangan manisan kepada pengguna jalan raya melalui jalan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata rata-rata yang melalui dan menerima sumbangan adalah penduduk di DUN Lamag dan kakitangan kerajaan yang bertugas di Kinabatangan.

“Program ini akan lebih mengeratkan silaturahim di antara pemimpin masyarakat dan penduduk di DUN Lamag serta kakitangan kerajaan bertugas,” katanya selepas program berkenaan.

Abu Bakar berkata program kita laksanakan ini mengikut mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.

“Saya menasihati semua pihak agar sentiasa memakai pelitup muka, memastikan jarak fizikal dan sentiasa kerap menggunakan cecair pembasmi kuman atau mencuci tangan bagi elak jangkitan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkesempatan berbuka puasa dan menyerahkan duit raya sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag Dato Sri Bung Moktar Radin kepada kakitangan UPPM Lamag, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) dalam DUN Lamag di Dewan Lamag.

Abu Bakar berkata sumbangan itu adalah ikhlas dari ADUN Lamag untuk para pemimpin masyarakat berkenaan bagi membeli keperluan menyambut Hari Raya Aidilfitri walaupun kita masih menjalankan kehidupan norma baharu.

Beliau juga turut menyampaikan pesanan Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah yang mahu semua pemimpin masyarakat supaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Dato Sri Bung juga mahu para pemimpin masyarakat ini fokus kepada membantu rakyat, selesaikan masalah rakyat, mesra rakyat dan kerap turun padang mendengar apa juga aduan rakyat di kawasan mereka,” katanya.

Turut hadir sama, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Lamag Rozamsah Ismail, Penyelia UPPM Lamag Shopian Nasir, dua Pemaju Mukim Azman Tinan dan Zalinah Wong.
 

  • oleh
  • Advertisement