Anda di sini

Satu kluster baharu dilaporkan melibatkan pekerja ladang

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Satu kluster baharu COVID-19 dilaporkan pada 7 Mei 2021 melibatkan pekerja di dua buah ladang kelapa sawit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Ladang LSP Kinabatangan, Sandakan melibatkan para pekerja di dua ladang sawit iaitu di Kinabatangan dan Sandakan dengan catatan jumlah terkini sebanyak 20 kes.

"Kes Indeks merupakan seorang lelaki berumur 27 tahun, pekerja di Ladang Kinabatangan yang disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) di Klinik Swasta Mabello Paris 3 pada 21 April 2021 bagi saringan masuk kerja. 

"Susulan kes itu, saringan kontak mendapati 19 lagi kes positif masing-masing 13 kes hasil saringan tempat tinggal, Ladang Sungai Pin (Ladang Borneo Samudera) di Kinabatangan; dua  kes hasil saringan tempat kerja iaitu Ladang Kinabatangan di Kinabatangan dan empat kes hasil saringan kontak serumah melalui sampel kedua di Ladang Sepagaya, Sandakan. 

"Hingga kini, aktiviti persampelan COVID-19 dan disinfeksi diteruskan untuk menilai jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang yang lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 7 Mei 2021 sebanyak 153 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,733 kes. Satu kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau.

Katanya lagi, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Muhibbah Raya, Tawau yang dijadualkan tamat pada 8 Mei 2021.
 

  • oleh
  • Advertisement