Anda di sini

Program Phoenix 'Back To Basic 2.0' tingkat pengalaman sukan bola tampar

Advertisement
 Ahli Kelab Bola Tampar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Putra Phoenix menjayakan Program Phoenix 'Back To Basic 2.0'.
PROGRAM: Ahli Kelab Bola Tampar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Putra Phoenix menjayakan Program Phoenix 'Back To Basic 2.0'.

BINTULU: Kelab Bola Tampar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Putra Phoenix Sesi Akademik 2020/2021 berjaya mengadakan Program Phoenix 'Back To Basic 2.0'.  

Penasihat program merangkap penasihat kelab terbabit, Roslan Ismail berkata program itu menjemput penceramah berpengalaman luas dan berpengetahuan tinggi dalam sukan bola tampar.

 Katanya, dua penceramah itu ialah Yew Yii Hock merupakan bekas Jurulatih Sukan SEA 2011 dan Syariful Anwar Anhar merupakan Jurulatih Bola Tampar Peringkat Kebangsan.

"Program ini usaha sama semua ahli kelab turut menjemput Ahli Kelab Bola Tampar Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mizan, Kuala Kangsar, Perak dengan melibatkan 161 peserta," katanya di sini semalam.

Menurutnya, ceramah dalam talian menggunakan Cisco Webex  membincangkan mengenai tiga slot utama iaitu 'Slot Traverse The Volleyball', keduanya 'Volleyball Home World: My Journey' dan slot 'Pop Quiz: Got The VB Vibe?'.

Jelasnya, slot ketiga peserta perlu menjawab kuiz disediakan melalui 'Kahoot', sesi soal jawab memberi pencerahan teknik bermain bola tampar betul agar kecederaan atau kemalangan ketika bermain dapat dielak serta menambah ilmu pengetahuan.

"Disebab terdapat masalah tidak dapat dielakkan, Syariful tidak dapat menghadiri program saat akhir maka slot 'Traverse The Volleyball' dikendalikan Uriandi iaitu seorang pemain bola tampar dari Indonesia cukup hebat," katanya.

Menurutnya, pemain ini menceritakan serba sedikit mengenai pengalamannya sepanjang bergelar pemain bola tampar dan  peserta begitu kagum apabila Uriandi bercerita perbezaan permainan bola tampar zaman kecilnya berbanding sekarang.

Tambahnya, slot 'Volleyball Home World: My Journey' disampaikan oleh Yew Yii Hock yang juga seorang guru berpengalaman dalam sukan bola tampar.

Katanya, Yew memberi pencerahan mengenai sukan bola tampar dan menceritakan pengalamannya sepanjang bergelar jurulatih, memberi pencerahan teknik-teknik sukan bola tampar.

"Beliau memnyampaikan beberapa teguran dan nasihat kepada peserta terutama mengenai aktiviti pemanasan badan perlu dititikberatkan sebelum bermain bola tampar.

 "Peserta banyak bertanyakan soalan mengenai syarat-syarat permainan dan peraturan-peraturan permainan bola tampar," katanya.

Beliau berkata, untuk kuiz merangkumi tiga pusingan dan satu pusingan bonus dengan jumlah pemenang hadiah wang tunai seramai 10 orang.

"Saya sangat berpuas hati semasa program ini berlangsung kerana banyak ilmu dan pengalaman dijayakan oleh penceramah berkobolehan serta membantu peserta lebih berkeyakinan dan berjiwa kental.

"Saya berharap semua ahli kelab dan peserta dapat manfaat serta menambah baik setiap kekurangan program ini pada masa akan datang," katanya.

Advertisement