Anda di sini

Penduduk berterima kasih kepada Ewon

Advertisement
 Seorang penduduk yang gembira menerima rumah PPRT, turut kelihatan Ewon (kanan)
GEMBIRA: Seorang penduduk yang gembira menerima rumah PPRT, turut kelihatan Ewon (kanan)

KOTA BELUD: Penerima bina baharu rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kawasan Kadamaian gembira dan berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick atas usaha membantu mereka mendapatkan rumah yang lebih selesa.

Antara penerima rumah PPRT di Mukim Lasau ialah Langkani Gais di Kampung Gonok, Dina Lungkiau (Kg.Podi) dan Mijoh Kembiris(Kg.Bunduu Lapak).

Kesemua rumah PPRT itu siap pada tahun lalu dan para penerimanya sudah berpindah masuk ke rumah baharu mereka.

Sebagai ucapan terima kasih atas keprihatinan Ewon membantu mendapatkan rumah baharu itu, Makcik Langkani menghadiakan satu plastik biji pangi (kapayang) kepada Ewon.

Dalam pada itu, Ewon gembira melihat para penerima rumah PPRT yang gembira mendapat rumah baharu. 

"Kita akan teruskan usaha ini untuk membantu lebih ramai rakyat Kadamaian yang memerlukan bantuan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kunjungan itu, Ewon turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan dapur kepada setiap penerima rumah PPRT sebagai tanda keprihatinan dan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan.
 

  • oleh
  • Advertisement