Anda di sini

Kebajikan pelajar, guru dan kakitangan SMAN Pantai Manis Papar dijaga sepenuhnya

Advertisement

KOTA KINABALU: Ibu bapa dan orang awam dinasihatkan agar tidak perlu bimbang terhadap kebajikan para pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pantai Manis Papar.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dalam satu kenyataan semalam menjelaskan walaupun sekolah berkenaan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 20 Mei ini, semua kebajikan pihak berkaitan akan dijaga sepenuhnya.

Kerajaan negeri dan JHEAINS memandang berat atas musibah penularan jangkitan COVID-19 ini. Sememangnya jangkitan sedemikian bukan mudah untuk dielakkan namun, marilah bersama-sama mendoakan para pelajar, guru dan kakitangan sekolah diberikan kesabaran serta kesembuhan daripada penyakit ini.

Ibu bapa serta orang awam dinasihatkan agar tidak perlu bimbang kerana keperluan harian seperti makanan serta minuman untuk mereka di sekolah berkenaan akan disediakan.

Sehubungan itu, pihak JHEAINS akan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang dihadapi oleh warga SMAN Pantai Manis papar sehingga PKPD disekolah berkenaan di tamatkan.
 

  • oleh
  • Advertisement