Anda di sini

Jangan leka, fokus buru kemenangan

Advertisement
KURNIAWAN
KURNIAWAN

- Layan kunjungan Kedah Darul Aman FC di Stadium Likas pada Sabtu

KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC diingatkan fokus sepenuhnya dengan misi memburu kemenangan apabila melayani kunjungan Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super di Stadium Likas malam ini (Sabtu).

Ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, dua kemenangan berturut-turut sebelum ini seharusnya menjadi pembakar semangat dan bukannya melekakan.

"Dalam erti kata lain, tidak boleh terlampau larut dengan kemenangan…Kita harus fokus dengan apa yang ada di depan kita. Saya selalu berpesan bahawa setiap game adalah final.

“Mahu tidak mahu kita kena `extra' kerja keras serta fokus untuk dapat  tiga mata dalam perlawanan di tempat sendiri malam esok (malam ini),” katanya.

Katanya, pemain perlu positif serta terus fokus  memburu kemenangan ke atas lawan  yang telah menumpaskan mereka 0-2 pada pusingan pertama. 

Menurutnya, beraksi di halaman sendiri dengan sokongan para penyokong adalah kesempatan terbaik untuk menebus kekalahan di pusingan pertama itu.

Beliau berkata demikian dalam  kenyataan medianya kelmarin.

Kurniawan berkata, semua maklum Kedah yang menduduki tiga teratas carta Liga Super, bukan pasukan biasa kerana mereka merupakan pasukan yang mempunyai mutu permainan yang tinggi selain memiliki barisan pemain yang hebat.

“Jadi kita tidak boleh buat kesilapan yang akhirnya membahayakan untuk team sendiri. Pemain harus `extra' kerja keras, `extra' fokus serta `full' konsentrasi bagi memastikan tiga mata dapat diperoleh malam esok (malam ini),” katanya.

Ketika ditanya mengenai status beberapa pemain yang masih berada dalam senarai kecederaan, Kurniawan berkata, setakat ini semua pemain berada dalam kondisi yang bersiap sedia untuk diturunkan malam esok dan sehingga kini senarai kesebelasan utama belum dapat dipastikan.

“Hanya ada tiga pemain yang saat ini masih belum bisa bergabung dengan team iaitu Thanabalan, Ariusdius dan Hamran kerana masih direhatkan dan masih belum dapat beraksi dalam perlawanan  menentang Kedah,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement