Anda di sini

Ewon teruskan amalan sempena bulan Ramadan kunjungi masyarakat Islam

Advertisement

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meneruskan aktiviti tahunan sempena bulan Ramadan dengan mengunjungi masyarakat Islam di kawasan itu.

Ewon mengunjungi Kg.Lompios dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada 32 penerima isi rumah beragama Islam bagi mereka merayakan sambutan Hari Raya Puasa nanti.

“Pada tahun ini, kita menukar program Berbuka Puasa bersama penduduk Kampung Lompios kepada program Ziarah Ramadan kerana acara berbuka puasa tidak dibenarkan bagi mengelak penularan COVID-19.

“Semasa Ziarah Ramadan, saya menyampaikan sumbangan kepada 32 ketua isi rumah yang beragama Islam. Saya berharap kehadiran kami membawa keceriaan kepada mereka yang meraikan Hari Raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beberapa hari lepas, beliau turut mengadakan Ziarah Ramadan di Kg Lobong-Lobong.

Ewon memulakan amalan berbuka puasa sejak enam tahun lalu di Kadamaian sebelum menjadi Wakil Rakyat. Namun, perintah SOP pada tahun ini tidak membolehkan acara berbuka puasa diadakan.

Bersempena dengan lawatan di Mukim Lasau hari ini, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada lima buah surau di mukim ini yang diwakili oleh mantan Ketua Kampung Kg.Gonok, Junaidi Alim.
 

  • oleh
  • Advertisement