Anda di sini

Bundesliga: Hertha berjaya keluar dari zon penyingkiran

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Hertha Berlin dan Freiburg di Berlin. — Gambar AFP
AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Hertha Berlin dan Freiburg di Berlin. — Gambar AFP

BERLIN: Hertha Berlin memanjat keluar dari zon penyingkiran Bundesliga kelmarin dengan kemenangan 3-0 di padang sendiri menentang Freiburg dalam perlawanan kedua mereka setelah kembali dari kuarantin dua minggu mereka.

Kes COVID-19 yang menular menyebabkan skuad Hertha dikuarantin pada pertengahan April dan hanya turun padang Jumaat lepas apabila latihan diteruskan semula.

Dengan keputusan seri 1-1 ke atas Mainz pada Isnin, Hertha kini mengutip empat mata dalam dua daripada tiga perlawanan tertunda mereka.

Penyerang Poland Krzysztof Piatek, Peter Pekarik diikuti Nemanja Radonjic menjaringkan gol di Olympic Stadium Berlin.

Keputusan tersebut mengangkat Hertha daripada tangga kedua tercorot ke tangga ke-14, namun hanya jurang satu mata memisahkan mereka daripada tiga kelab tercorot dengan musim berbaki tiga minggu lagi.

Kini menyaksikan kumpulannya sudah bermain setengah daripada empat perlawanan dalam tempoh sembilan hari, jurulatih Hertha, Pal Dardai melakukan sembilan rombakan dalam pasukannya.

“Ia tidak penting,” kata Dardai apabila ditanya tentang barisan pemainnya.

“Kami tangkas, bermain dengan elok dan sangat lengkap. Ruang terbuka dalam separuh masa kedua, kami amat inginkan gol ketiga.”

Dardai berkata kuarantin telah menyatukan skuad itu dalam perlawanan menantang penyingkiran.

“Sesuatu wujud bersama di sini kini. Ego telah ditolak ke tepi, semua ahli keluarga Hertha menyertai,” tambahnya.

Hertha mempunyai empat baki perlawanan, lebih satu daripada lawan mereka, serta permainan tertunda menentang Schalke yang telah tersingkir pada Rabu depan.

Kesemua empat baki perlawanan tersebut menentang pasukan tercorot kejohanan itu.

Lawan mereka pada Ahad Arminia Bielefeld telah menggantikan tempat mereka dalam tiga tercorot kelmarin.

Piatek membuka pintu gol selepas melepasi pertahanan lalu merembat masuk pada minit ke-13.

Mereka mencatatkan 2-0 pada separuh masa selepas pemain pertahanan Pekarik menyempurnakan gol dengan tandukan.

Freibrug melakar beberapa peluang untuk memaksa penjaga gol Alexander Schwolow untuk mempertahankan pintu gol dengan kemas beberapa kali.

Pemain ganti Matheus Cunha kemudiannya merembat tiang gol daripada 23 meter sebelum pemain tengah Radonjic menjaringkan gol pertama beliau untuk kelab itu dengan sepakan tinggi lima minit sebelum wisel dibunyikan.

Kemenangan tersebut mengakhiri beberapa hari yang bergelora buat Hertha, setelah memecat penjaga gol Arsenal dan Jerman Jens Lehmann daripada lembaga penasihat  mereka pada Rabu ekoran membuat sindiran berunsur perkauman. — AFP

Advertisement