Anda di sini

32 sertai Khatam Al-Quran Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung Aru

Advertisement
 Para peserta ketika membaca surah al-Quran pada majlis itu.
KHUSYUK: Para peserta ketika membaca surah al-Quran pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Seramai 32 penghuni Pangsapuri Tanjung Aru menyertai Khatam Al-Quran anjuran Jawatankuasa Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tanjung Aru, di sini semalam.

Program berlangsung secara sederhana selepas saja usai solat fardhu Isya, sunat Tarawih dan Witir di surau berkenaan sekitar jam 8.30 malam.

Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan dan penerangan oleh Penasihat Surau Al-Mukminin, Haji Awang Matasan Haji Mahmud.

 Peserta Khatam Al-Quran kalangan ibu-ibu merakamkan kenangan bersama sijil.
TAHNIAH: Peserta Khatam Al-Quran kalangan ibu-ibu merakamkan kenangan bersama sijil.
 Peserta Khatam Al-Quran kalangan lelaki merakamkan kenangan bersama sijil masing-masing.
KENANGAN: Peserta Khatam Al-Quran kalangan lelaki merakamkan kenangan bersama sijil masing-masing.

Turut hadir di majlis itu ialah mantan Bilal Masjid Negeri Sabah Ahmad Zin Abdul Lamit yang juga mengetuai Majlis Khatam Al-Quran berkenaan.

Timbalan Pengerusi Surau Al Mukminin Pangsapuri Tanjung Aru Riz Faizal Ahmad berkata, program pada malam ini merupakan antara program yang telah dirancang bagi mengisi kesucian bulan Ramadan pada tahun ini.

"Dan ini merupakan program julung kali diadakan oleh barisan Jawatankuasa Surau Al-Mukminin yang baharu saja dibentuk pada tahun ini," jalasnya.

Beliau melahirkan rasa gembira Majlis Khatam Al-Quran ini dapat dilaksanakan dengan jayanya walau dalam keadaan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan dilaksanakan mengikut pematuhan SOP.

Katanya, program seperti ini dapat memupuk budaya membaca al-Quran terutama kepada anak-anak bukan saja pada bulan Ramadan malah pada hari-hari biasa.

 Haji Awang Matasan (dua kanan) sambil disaksikan oleh Ahmad Zin (kanan) dan Zul Nurfaizal (kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Samad Lawi.
TAHNIAH: Haji Awang Matasan (dua kanan) sambil disaksikan oleh Ahmad Zin (kanan) dan Zul Nurfaizal (kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Samad Lawi.
 Peserta kanak-kanak perempuan merakamkan album kenangan bersama sijil masing-masing.
CILIK: Peserta kanak-kanak perempuan merakamkan album kenangan bersama sijil masing-masing.

"Saya berharap program sebegini akan diteruskan pada setiap tahun," jelasnya.

Pada majlis itu, para peserta turut menerima Sijil Khatam Al-Quran yang disampaikan oleh Haji Awang Matasan.

Pengerusi Surau Al-Mukminin Zul Nurfaizal Jimbul dalam pada itu mengucapkan ribuan terimakasih di atas kerja keras dan kerjasama barisan jawatankuasa sehingga Majlis Khatam Al-Quran berkenaan berjalan dengan jayanya dan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM.

"InshaAllah, program Majlis Khatam Al-Quran ini akan dijadikan sebagai acara tahunan Surau Al-Muminin," jelasnya.

 Peserta kanak-kanak lelaki merakamkan album kenangan bersama sijil masing-masing.
KHATAM: Peserta kanak-kanak lelaki merakamkan album kenangan bersama sijil masing-masing.
  • oleh
  • Advertisement