Anda di sini

1,200 bubur lambuk diagih kepada barisan hadapan dan golongan asnaf : Sahran

Advertisement
 Sahran (dua kanan) dan ahli KOPETRO merakamkan gambar kenangan bersama Hazani (dua kiri) di ruang legar IPK sempena program itu.
ALBUM: Sahran (dua kanan) dan ahli KOPETRO merakamkan gambar kenangan bersama Hazani (dua kiri) di ruang legar IPK sempena program itu.


KOTA KINABALU : Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) mengambil pendekatan dengan menjalin kerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dalam menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada golongan asnaf serta anggota keselamatan sempena bulan Ramadhan tahun ini.


Anggota Lembaga KOPETRO, Datuk Haji Sahran Untai berkata, sebanyak 1,200 pek bubur lambuk dapat disediakan dalam program itu untuk diedarkan kepada asnaf di Rumah As-Sakinah serta empat buah IPD terpilih.


Program julung kali yang dilaksanakan KOPETRO itu kata Sahran adalah sebagai tanda penghargaan kepada anggota keselamatan yang gigih melaksanakan tugas sepanjang bulan puasa dan perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang dalam usaha memutuskan rantaian virus COVID-19.

 Sahran (kiri) bersama Mazli (tengah) sedang membuat persiapan untuk membungkus bubur lambuk yang siap dimasak sempena program itu.
PERSIAPAN: Sahran (kiri) bersama Mazli (tengah) sedang membuat persiapan untuk membungkus bubur lambuk yang siap dimasak sempena program itu.

Disamping itu, selain petugas barisan hadapan, KOPETRO turut menyantuni golongan asnaf dari Rumah As-Sakinah dengan mengagihkan bubur lambuk yang disediakan pada hari itu.


Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mazli Mazlan; wakil kanan KOPETRO, Yunus Yusop dan Mohamad Sulaiman Shidek.


Dalam pada itu, Sahran memberitahu, sepanjang Ramadan KOPETRO telah giat melaksanakan pelbagai program khidmat masyarakat, antaranya program membersihkan masjid, Program sumbangan bubur lambuk kepada anggota KOPETRO serta Program penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf.

 Sahran (kiri) menyampaikan bubur lambuk kepada wakil Rumah As-Sakinah (dua kanan) sempena program itu.
AGIH: Sahran (kiri) menyampaikan bubur lambuk kepada wakil Rumah As-Sakinah (dua kanan) sempena program itu.


"Selain menyantuni golongan asnaf, KOPETRO turut mengambil berat kebajikan anggota keselamatan.


"Mereka telah banyak berkorban untuk masyarakat di negeri ini, tidak kira masa dan tenaga. Lagi-lagi dalam situasi ketika ini yang mana negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19. Inilah peluang kami untuk menyatakan penghargaan dan menyantuni mereka (Polis), " kata Sahran.


Dalam perkembangan berkaitan, Hazani dalam satu sidang media selepas program pengagihan bubur lambuk menasihatkan kepada masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan negeri menjelang Aidilfitri nanti.


Jelas Hazani pihak polis akan menjalankan rondaan ketat sepanjang Hari Raya Aidilfitri dan mana-mana rumah yang didapati dihadiri lebih dari 20 individu akan dikompaun serta merta.


Tambahnya, tindakan tegas itu dilaksanakan bagi memastikan tidak berlakunya perkumpulan beramai-ramai serta rumah terbuka sepanjang tempoh perayaan.

  • oleh
  • Advertisement