Anda di sini

YADIM-SLRC perkasa kerjasama strategik

Advertisement
 Yadim Sabah dan SLRC perkukuh kerjasama strategik.
KERJASAMA STRATEGIK: Yadim Sabah dan SLRC perkukuh kerjasama strategik.

KOTA KINABALU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah dan Sabah Land Rover Club (SLRC) akan terus memperkukuh kerjasama strategik terutama dalam menjayakan aktiviti khidmat komuniti di Sabah.

Pengarah YADIM Sabah, Haji Samin Haji Ongki dan Presiden SLRC John Kong menyatakan komitmen itu di majlis berbuka puasa YADIM - SLRC di salah sebuah restoran di Kota Kinabalu baru-baru ini. 

Sebelum ini YADIM dan SLRC  berkolaborasi menjayakan program khidmat komuniti dan penyerahan bakul makanan di Kampung Gusi Ranau dan Kampung Magandai Kota Marudu. 

Antara aktiviti yang dikenalpasti ialah pembinaan sebuah Teratak Prihatin di Kampung Dambai Papar.

Pada majilis berkenaan John Kong mengumumkan pelantikan Haji  Samin sebagai Penasihat Kehormat SLRC.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri dan Pengarah AADK Sabah, Abd Hamidee Ibrahim.

  • oleh
  • Advertisement