Anda di sini

Sabah FC boleh raih kemenangan jika konsisten : Bung

Advertisement
BUNG MOKTAR RADIN
BUNG MOKTAR RADIN



KOTA KINABALU : Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) yakin Sabah FC boleh terus mencatat kemenangan jika pemain-pemain konsisten dengan corak permainan mereka sekarang.


Katanya, mereka perlu konsisten dengan strategi dan corak permainan mereka bagi membolehkan pasukan meraihkan kemenangan berterusan.


"Corak permainan pemain-pemain ketika ini khususnya dalam dua perlawanan di halaman sendiri meyakinkan kita untuk memenangi perlawanan lain selepas ini," katanya ketika ditemui di pejabat beliau dan diminta mengulas kejayaan Sabah FC menewaskan Melaka United FC 3-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, malam Rabu lepas.

Beliau turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Sebelum ini, Sabah FC turut mengutip tiga mata penuh ke atas pasukan Perak FC di Stadium Likas menyaksikan tuan rumah menang 2-1.


Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata Sabah FC sudah menemui rentak permainan yang menyakinkan dan diharap mereka terus konsisten dengan persembahan tersebut.


"Jika mereka konsisten dengan corak permainan sedemikian, kita yakin Sabah FC juga boleh mencatat kemenangan dalam pertemuan dengan KDA FC di Stadium Likas, Sabtu ini," katanya.


Sabah FC ketika ini menduduki tempat ketujuh dalam takhta Liga Super dengan mengutip 16 mata dari 12 perlawanan setakat ini.


Bekas pemain kebangsaan, Amri Yahyah, 40, menjadi perhatian penyokong apabila menyumbangkan tiga gol dalam dua perlawanan tersbut termasuk dua gol dalam perlawanan menentang Melaka United FC, malam tadi.


Sementara itu, Sabah FC juga dijangka mendapat khidmat penyerang baharu dari Croatia, Josip Ivancic sebaik sahaja ia mengikat kontrak ketika jendela perpindahan dibuka bulan ini.


Ivancic, 30, sudah berada di Kota Kinabalu dan dia dilihat menjalani latihan bersama skuad Sabah FC dan terbabit dalam pasukan bawah 22 tahun Sabah menghadapi dua perlawanan persahabatan dengan pasukan bawah 19 Sabah dan pasukan Tuaran.

  • oleh
  • Advertisement