Anda di sini

PKS Sabah taja pemasangan set kemudahan pengimbas wajah dan suhu SJK (C) Yick Nam Inanam

Advertisement
 Foo (empat kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM11,100 kepada Mak sambil disaksikan Wang (enam kanan) serta tetamu kehormat yang lain.
KENANGAN: Foo (empat kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM11,100 kepada Mak sambil disaksikan Wang (enam kanan) serta tetamu kehormat yang lain.

KOTA KINABALU: Persatuan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah menaja dua set pengimbas wajah, suhu, perisian operasi dan komputer kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yick Nam, Inanam.

Tujuan tajaan itu adalah bagi mempercepatkan kehadiran murid-murid SJK (C) Yick Nam ke dalam kawasan persekolahan.

Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, semua sekolah diwajibkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Semua murid dan guru dikehendaki mendaftarkan nama dan mengimbas suhu badan masing-masing sebelum memasuki premis sekolah.

Prosedur ini akan memakan masa dan akan menyebabkan kelewatan untuk memulakan sesi pembelajaran. Oleh itu tajaan itu adalah untuk memasang sistem kemudahan untuk memastikan proses memasuki sekolah pada setiap waktu adalah cepat.

Pengarah Usahawan Wanita PKS Sabah Callee Tan sebelum ini telah mengutarakan isu di sekolah berkenaan seterusnya berusaha mendapatkan dana sebanyak RM15,000. Dalam tempoh yang singkat dana berkenaan berjaya diperolehi untuk membeli sistem pengesan itu.

PKS Sabah kemudian turut mendapatkan dana amal dari kalangan ahli mereka serta rakan-rakan. Dalam  tempoh 36 jam, PKS Sabah bukan sahaja berjaya mendapatkan dana berkenaan tetapi juga Pengarah IR4 PKS Sabah Mak Koon Ngam turut berjaya memasang kemudahan itu.

Mak dalam pada itu turut memberikan harga istimewa untuk pemasangan kemudahan itu sebagai sumbangan beliau sendiri.

PKS Sabah berjaya mengumpul sebanyak RM11,100 dalam usaha membantu memasang kemudahan itu. 

PKS Sabah mengucapkan terima kasih kepada Jonathan Kwan., Bryan Tan, Anthony Tan, Foo NK, Michael Chin WY, Datuk Tan KT, Callee Tan, Deledda Tan, Phun SW, Kelly Tan KL, Zulek Sdn Bhd (Kevin Tan), Borneo Flexible Packaging SB Ronny Hiew, Robin Ling, Lee KK, Chang YC,  Joe Tiong, Daniel Shim,  Philip Yong, John Phung, Double Smart S/B (Lau JW),  Kelly Tan SE, Charlene Teo, Alice Cham, Foo CK, Shew OH, dan Tai KL kerana sudi menyalurkan sumbangan.

Sumbangan kepada sekolah berkenaan juga adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) PKS Sabah. Persatuan itu bukan saja mengutamakan bantuan kepada para PKS tetapi juga mengutamakan CSR kepada komuniti setempat.

Hadir sama dalam majlis penyerahan sumbangan itu ialah Pengetua SJK(C) Yick Nam, Inanam Wang Teck Yun, Pembantu Kanan Voo Kee Yen dan Liaw Ching Fui, Penyelia Hal Ehwal Sekolah Voo Vun Kong, dan peguam George Ngui.

Wakil dari PKS Sabah ialah Presidennya Foo Ngee Kee, Timbalan Presiden Datuk Tan Kai Teck, Setiausaha Agung Lie Chun Vui, Naib Setiausaha Jonathan Kwan, Ahli Jawatankuasa merangkap Pengarah Callee Tan, Mak Koon Ngam dan Lau Jiin Woei.
 

  • oleh
  • Advertisement