Anda di sini

PKP: Operasi LRT seperti biasa, jumlah penumpang dikurangkan

Advertisement
 Para penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) kelihatan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial ketika tinjauan di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama
PATUH: Para penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) kelihatan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial ketika tinjauan di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan rel Transit Aliran Ringan (LRT) di Lembah Klang akan berope-rasi seperti biasa dari jam 6 pagi hingga tengah malam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan enam daerah di Selangor yang berkuat kuasa semalam hingga 17 Mei depan.

Ketua Pegawai Operasi LRT Azmi Mohd Zain bagaimanapun berkata, jumlah penumpang mula menunjukkan penyusutan termasuk pada waktu puncak selain kesesakan di kawasan menunggu stesen juga berkurangan.

“Terdapat sedikit pe-ngurangan (penumpang) hari ini (semalam), dan pada 8 pagi tadi (semalam) penumpang yang menunggu di platform ini (Stesen Pasar Seni) juga dilihat kurang daripada biasa kecuali apabila LRT tiba, baru nampak penumpang yang sedang menunggu.

“Tahap kapasiti penumpang (ridership) sejak PKP dilaksanakan tahun lalu hanya mencapai 45 peratus, jadi tak perlu khuatir kepadatan dalam LRT atau kesesakan dalam stesen kerana prosedur ope-rasi standard pembersihan dalam LRT berjalan seper-ti biasa,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan menaiki Transit Aliran Massa (MRT) dari Stesen Kajang ke KL Sentral semalam dengan transit di Stesen Pasar Seni.

Azmi berkata, kekerapan perkhidmatan LRT juga masih sama seperti sebelum penularan COVID-19 iaitu  setiap tiga minit manakala MRT akan bergerak setiap empat minit pada waktu puncak namun akan dinilai semula berdasarkan perkembangan semasa.

Kerajaan sebelum ini me-ngumumkan pelaksanaan semula PKP di Selangor, membabitkan enam daerah iaitu Hulu Langat, Peta-ling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang bermula hari ini hingga 17 Mei, manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai hari ini hingga 20 Mei. — Bernama

Advertisement