Anda di sini

Tikaman berdarah di pusat asuhan di Brazil

Advertisement
 Gambar serahan akhbar Brazil Imprensa do Povo menunjukkan orang ramai dan pihak berkuasa tempatan berkumpul di luar Aquarela Daycare School di Saudades selepas seorang remaja bersenjatakan pisau membunuh tiga kanak-kanak dan dua kakitangan di pusat asuhan itu. — Gambar AFP
CEMAS: Gambar serahan akhbar Brazil Imprensa do Povo menunjukkan orang ramai dan pihak berkuasa tempatan berkumpul di luar Aquarela Daycare School di Saudades selepas seorang remaja bersenjatakan pisau membunuh tiga kanak-kanak dan dua kakitangan di pusat asuhan itu. — Gambar AFP

SAUDADES: Seorang remaja berusia 18 tahun yang bersenjatakan sebilah pisau menyerbu masuk ke pusat asuhan di Brazil kelmarin dan membunuh tiga kanak-kanak serta dua kakitangan, kata polis tempatan, yang menggemparkan pekan kecil di selatan negara itu.

Penyerang kemudian menghalakan pisau ke arah dirinya sendiri, mengelar leher, perut dan pinggangnya, kata pihak berkuasa di Saudades, sebuah pekan yang dihuni seramai 10,000 orang di wilayah Santa Catarina.

“Dia sudah dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal,” kata polis dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa tidak me-nyatakan motif bagi sera-ngan kejam itu dan berkata, penyerang tidak mempunyai rekod jenayah.

“Ketika anggota bomba tiba di pusat asuhan tersebut, mereka melihat satu lokasi jenayah yang sangat kejam.

“Terdapat kanak-kanak yang sudah meninggal dunia, dan juga seorang pekerja,” kakitangan kecemasan Leo-nardo Ecco memberitahu wartawan.

Pekerja, Aline Biazebetti, yang berada di rumahnya berhampiran pusat asuhan, menceritakan rasa ke-takutan apabila menyedari apa yang telah berlaku di dalamnya.

“Saya mendengar jeritan, tangisan meminta tolong. Saya memberitahu bapa saya, ‘Sesuatu sedang berlaku di pusat asuhan’. Saya pergi keluar dan melihat rakan sekerja saya meminta tolong: “Tolong, hubungi pihak polis, seorang lelaki bersenjata telah masuk ke dalam dan membunuh kanak-kanak,” kata Biazebetti, 27.

“Saya berjaya menghubu-ngi polis. Mereka keluar bersama seorang kanak-kanak yang cedera, maka bapa saya masuk ke dalam kereta dan kami membawa dia ke hospital.”

Usia kanak-kanak tidak dinyatakan. Media tempatan melaporkan pusat tersebut adalah bagi kanak-kanak berusia enam bulan hingga dua tahun.

Kanak-kanak yang ke-empat telah mengalami cedera ringan, ketua polis Jeronimo Marcal Ferreirane memberitahu wartawan yang berada di luar pusat asuhan, di mana anggota polis dan pekerja kecemasan telah menutup kawasan berkenaan.

Seorang anggota polis me-nyatakan senjata penyerang “seperti samurai” dan me-nunjukkannya kepada media sebilah  pisau panjang atau pedang pendek yang dibalut dengan plastik kuning dan disimpan dalam sebuah beg bahan bukti.

Gabenor Daniela Reinehr mengumumkan hari ber-kabung selama tiga hari di seluruh negara.

Serangan di sekolah pa-ling teruk terakhir di Brazil adalah pada Mac 2019 apabila dua bekas pelajar menembak mati lapan orang sebelum membunuh diri mereka sendiri di sebuah sekolah tinggi di pekan tenggara Suzano, berhampiran Sao Paulo. — AFP

Advertisement