Anda di sini

Strategi agresif Sabah FC menjadi tumbangkan MU

Advertisement
KURNIAWAN
KURNIAWAN

KOTA KINABALU: Strategi Sabah FC menjadi untuk dapatkan kemenangan dengan bermain lebih agresif dan dapatkan gol awal pada perlawanan Liga Super menentang Melaka United FC di Stadium Likas pada Rabu.

Sabah FC menang perlawanan itu 3-1 yang juga perlawanan pertama pusingan kedua sekaligus melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada lima perlawanan berturut-turut.

Pemain berpengalaman paling senior Mohd Amri Yahyah muncul wira Sabah FC dengan sumbangan dua gol yang dihasilkan pada minit keenam dan 47.

Satu gol lagi dijaringkan Mohd Azizan Nordin pada minit ke-16 manakala gol saguhati Melaka Untied FC dijaringkan Mohd Fakhrullah Rosli (m65).

"Terima kasih kepada pemain yang bermain sangat luar biasa malam ini. Memang dari awal kita sudah set untuk lebih agresif dan ambil inisiatif menekan mereka (Melaka).

"Sebelum perlawanan, saya sampaikan kepada pemain bahawa kita harus dapatkan gol awal kerana ini akan buat kita lebih yakin. Alhamdulillah, 'game plan' kita berjalan seperti yang diharapkan," kata ketua jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto dalam sidang media selepas perlawanan.

Kurniawan berkata, kemenangan itu bagaimanapun turut mendedahkan kekurangan yang perlu diperbaiki terutama aksi pemain menurunkan tempo permainan selepas menjaringkan gol sehingga memberi ruang kepada lawan mendapatkan keyakinan untuk bangkit.

Katanya, perkara itu akan diberi perhatian dalam latihan sebelum meneruskan cabaran menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) juga di Stadium Likas, Sabtu ini (8 Mei).

Beliau berkata, mereka perlu terus fokus dan gandakan usaha untuk maju kerana saingan masih panjang.

Menurutnya, lima perlawanan tanpa kalah telah menyuntik keyakinan dan ia penting sebagai bekalan menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.

Katanya, ianya baik ada keyakinan tetapi tidak boleh terlalu yakin.

Kurniawan percaya semua 28 pemain dalam senarai pasukan boleh disandarkan sebagai kesebelasan utama tetapi mereka kena bersaing untuk dapatkan tempat itu kerana hanya 20 pemain boleh disenaraikan dalam setiap perlawanan.

Katanya, hanya pemain yang menunjukkan prestasi baik dalam latihan akan mendapat tempat di samping keperluan strategi menghadapi lawan.

Kemenangan malam Rabu itu meletakkan Sabah FC di tangga ketujuh dari tangga kelapan sebelumnya dengan 16 mata dari 12 perlawanan dengan rekod empat menang, empat seri dan empat kalah.

Tangga tertas masih dikuasai jura bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan 27 mata manakala pesaing terdekat ialah Terengganu FC dengan 24 mata, diikuti KDA FC (23 mata) dan Penang FC (22 mata).

SABAH FC: Robson Rendy Rining (Rozaimie Rohim), Rawilson Batuil, Risto Mitrevski, Park Tae Su, Levy Madinda (Ricco Nigel Milus), Mohd Azizan Nordin (Mohd Syukri Baharun), Sam Johnson (Bobby Gonzales), Alto Linus, Randy Baruh, Mohd Amri Yahyah (Maxsius Musa) dan Saddil Ramdani.

KEDUDUKAN
P M S K J B MT
1. JDT 12 8 3 1 25 6 27
2. T'ganu FC 12 7 3 2 18 11 24
3. KDA FC 12 7 2 3 20 13 23
4. Penang FC 12 6 4 2 18 11 22
5. Selangor FC 12 5 4 3 21 18 19
6. KL City FC 12 4 4 4 16 13 16
7. Sabah FC 12 4 4 4 17 16 16
8. PJ City FC 12 3 5 4 10 14 14
9. Perak FC 12 3 3 6 12 18 12
10. Melaka Utd FC 12 3 4 5 15 19 10
11. Sri Pahang FC 12 2 3 7 13 20 9
12. UiTM FC 12 0 1 11 3 29 1

***Melaka Utd FC ditolak tiga mata (Masalah kewangan)

  • oleh
  • Advertisement