Anda di sini

PPV di Klinik Kesihatan Labuan dipindah ke Dewan Darul Kifayah

Advertisement
 

LABUAN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan Membedai di sini dipindahkan ke Dewan Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah berkuat kuasa semalam, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata PPV baharu itu lebih kondusif untuk menampung lebih ramai penerima vaksin COVID-19 dan akan dibuka dari 7.30 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum.

“Selagi ada orang yang mendaftar kami bersedia menerima mereka dan memberikan suntikan vaksin, kami juga akan menambah saluran daripada empat ke enam sekiranya diperlukan,” katanya kepada Bernama.

Tinjauan Bernama mendapati sekurang-kurangnya ratusan individu berusia 60 tahun ke bawah beratur di pusat itu seawal 7.30 pagi untuk mendaftar, sesi kaunseling sebelum menerima suntikan vaksin.

Pusat vaksinasi baharu itu merupakan tambahan kepada dua lagi pusat iaitu di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan dan Hospital Labuan.

Dr Ismuni berkata pada masa ini, kadar pendaftaran untuk vaksinasi dalam kalangan warga emas yang meliputi 25 peratus penduduk Labuan masih rendah dan kakitangan kesihatan melakukan inisiatif sendiri untuk membantu mereka mendaftar.

Sementara itu, Pengerusi Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Labuan Rithuan Ismail berkata pasukan itu menyasarkan pulau ini mencapai imuniti kelompok seawal hujung tahun ini dan bersedia untuk memulakan fasa ketiga suntikan pada Ogos.

“Bagaimanapun, kadar pendaftaran masih perlahan, hanya 48.4 peratus yang mendaftar setakat Selasa lepas,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement