Anda di sini

Parti di kediaman Messi, La Liga adakan siasatan

Advertisement
MESSI
MESSI

BARCELONA: La Liga Sepanyol sedang menyiasat sama ada parti yang diadakan  oleh pemain Barcelona di kediaman kapten mereka Lionel Messi melanggar protokol COVID-19.

“Kami sedang menyelidik,” menurut sebuah sumber La Liga.

Jamuan pada Isnin telah menghimpunkan pemain Barca, segelintir bersama pasangan mereka, di kediaman bintang Argentina tersebut, meskipun peraturan penjarakan sosial di ibu kota Catalan menegah kumpulan lebih daripada enam orang untuk bertemu.

Parti tersebut  mungkin “melanggar protokol COVID-19”, ulas sumber itu.

Tujuan tersebut menurut media tempatan adalah untuk memberi pasukan tersebut menaikkan semangat moral sebelum perlawanan musim ini, dengan gol berganda Messi pada Ahad dalam perlawanan menang 3-2 kepada Valencia meninggalkan mereka dua mata di belakang Atletico Madrid dengan baki empat perlawanan, dan untuk meraikan kemenangan Copa del Rey bulan lepas.

Imej daripada pelbagai media menunjukkan pemain seperti Sergi Roberto dan remaja Pedri meninggalkan kediaman Messi. Dalam sebuah video, sorakan ‘champions, champions’ boleh didengari.

“Agensi kesihatan awam bakal menyiasat kes ini dan menentukan sama ada untuk melanjutkannya,” Pere Aragones, pemangku presiden kawasan pentadbiran Catalan, berkata pada Selasa.

Beliau menambah: “Kami menyeru semua orang untuk menghormati langkah penjarakan sosial dan mengerah mereka yang mendapat perhatian awam untuk lebih berwaspada sebagai mereka yang boleh memberi contoh.” — AFP

Advertisement