Anda di sini

Lori terbalik di KM19 Kunak- Lahad Datu

Advertisement
 Lori yang terlibat dalam insiden kemalangan itu.
KEMALANGAN: Lori yang terlibat dalam insiden kemalangan itu.

KUNAK: Sebuah lori yang memuatkan tandan kosong kelapa sawit terbabas lalu terbalik di Kilometer 19 Jalan Kunak- Lahad Datu, di sini.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kecederaan pemandunya, 35.

Menurutnya, hasil siasatan awal lori tersebut sedang menuju ke sebuah kilang kelapa sawit dan setibanya di lokasi kejadian, lori telah menukar lorong kerana lorong kirinya mendap.

Katanya, pada masa yang sama, telah datang sebuah lori traler dari arah bertentangan dan lori pertama bertindak cuba masuk ke lorong asal.

"Bagi mengelak bertembung dengan lori treler, lori pertama telah cuba masuk ke lorong asal namun ada sebuah bas mini berhenti di lorong sebelah kiri.

"Lori pertama terus mengelak ke kanan jalan hingga menyebabkannya terbalik di tebing jalan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lokasi kejadian berlaku di permukaan jalan berturap tar dan hanya satu lorong dapat digunakan akibat lorong sebelah kiri dari arah Lahad Datu telah rosak akibat mendap.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

  • oleh
  • Advertisement