Anda di sini

Kerajaan lulus permohonan bernilai RM12.86 bilion di bawah PSU 1.0 setakat 23 April - Tengku Zafrul

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM12.86 bilion di bawah Program Subsidi Upah 1.0 (PSU 1.0) setakat 23 April, yang telah memberi manfaat kepada seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) berkata bagi PSU 2.0, kerajaan telah meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.17 bilion setakat 23 April, yang telah memberi manfaat kepada seramai 73,567 majikan dan mengekalkan penggajian 635,748 pekerja.

Di bawah program Subsidi Pengangkutan Awam MY30 pula, setakat 23 April, katanya sebanyak RM127.74 juta telah disalurkan bagi langganan 751,414 pas bulanan pengangkutan awam tanpa had yang disediakan khusus untuk warganegara Malaysia.

“Seperti yang diumumkan di bawah Belanjawan 2021, inisiatif ini dilanjutkan ke tahun 2021 bagi terus menggalakkan mobiliti dan mengurangkan beban kos pengangkutan awam untuk rakyat,” katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-52, yang dikeluarkan hari ini.

Bagi pembiayaan sektor pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), beliau berkata setakat 23 April, sebanyak 321 daripada 644 permohonan bagi pembiayaan ini telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM63.9 juta.

Bagi program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, Tengku Zafrul berkata setakat 23 April, seramai 132,403 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini.

“Antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuklah pembuatan serta perdagangan borong dan runcit,” katanya. - Bernama  

Advertisement