Anda di sini

Kemenangan Pandelela cukup bermakna

Advertisement
Gambar kredit kepada FINA.
Pandelela bersama pingat emas yang dimenanginya di Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA - Gambar kredit kepada FINA.

KUCHING: Kemenangan Pandelela Rinong pada Kejohanan Terjun Piala Dunia FINA di Jepun membuktikan atlet Sarawak mampu cemerlang meskipun berhadapan saingan atlet-atlet dari negara maju, kata Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, negara-negara maju memiliki kelebihan dari segi kemajuan sains sukan, diet pemakanan dan teknologi sukan yang menjadi faktor penting dalam penyediaan atlet bertaraf antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada penerjun negara yang memenangi pingat emas dalam 10 meter platform individu pada Rabu (5 Mei).

"Pencapaian Pendelela begitu bermakna kepada negara kerana kejohanan dunia yang beliau sertai adalah yang terakhir buat atlet-atlet dari seluruh negara yang memburu tempat ke temasya Olimpik Tokyo pada tahun ini," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Selain membanggakan, kejayaan ini dianggap sebagai satu bonus untuk skuad kebangsaan kita dan ia digunakan untuk menilai prestasi atlet selepas hampir setahun tanpa beraksi dalam mana-mana pertandingan.

“Bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, saya menyeru kepada atlet-atlet tempatan kita untuk mengandakan usaha mereka dalam berlatih dan menyiapkan diri untuk lebih bersedia dalam mengalas cabaran negara dipersada dunia terutama pertandingan peringkat antarabangsa,” katanya.

Advertisement