Anda di sini

Halep akur tersingkir dari Terbuka Madrid

Advertisement
 Aksi Halep semasa menentang Mertens dalam Kejohanan Terbuka Madrid di Caja Magica di Madrid. — Gambar AFP
TANGKAS: Aksi Halep semasa menentang Mertens dalam Kejohanan Terbuka Madrid di Caja Magica di Madrid. — Gambar AFP

MADRID: Pemain nombor tiga dunia Simona Halep telah tersingkir daripada Terbuka Madrid kelmarin setelah kalah 6-4, 5-7, 5-7 dalam pusingan 16 akhir kepada Elise Mertens manakala Dominic Thiem meraih kemenangan serta merta dalam perlawanan pertamanya sejak Mac.

Halep, juara dua kali Grand Slam dan bekas pemain nombor satu dunia, mendahului dua kali dalam set akhir pada 3-1 dan 4-3 namun akhirnya kecundang selepas bermain hanya dua dan setengah jam.

Dalam suku akhir, pilihan ke-13 Martens bakal bertembung dengan pasangan beregu pilihan ketujuh Belarus Aryna Sabalenka, yang menyingkirkan Jessica Pegula 6-1, 6-2, dalam 52 minit sahaja.

Pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty akan bermain dengan pilihan kesembilan Petra Kvitova pada peringkat suku akhir, manakala pilihan kelapan Belinda Bencic menentang Paula Badosa ranking ke-62 dunia.

Lapan perlawanan akhir bakal menyaksikan Anastasia Pavlyuchenkova bermain dengan Karolina Muchova.

Pemain kelahiran Russia Pavlyuchenkova menyingkirkan pemenang kedua Terbuka Australia Jennifer Brady 7-5, 6-7 (8/10), 6-3.

Dalam perlawanan lelaki, pemain nombor empat dunia Thiem melangkah mudah dengan 6-1, 6-3 ketika menundukkan Marcos Giron dalam perlawanan pertamanya sejak dua bulan.

Pemain dari Australia itu, bermain buat kali pertama sejak kekalahan mengejutkan kepada Lloyd Harris di Dubai.

“Saya perlu memberi 100 peratus dalam setiap aspek permainan saya,” kata pilihan ketiga itu.

“Saya tidak menampilkan itu semasa di gelanggang di Doha, Dubai, mahupun pada penghujung Terbuka Australia, oleh itu lebih baik saya berehat.”

Thiem selepas ini bakal menentang Alex de Minaur, yang mendahului Harris 6-2, 3-0,  apabila pemain Afrika Selatan itu tercedera dalam pusingan ketiga.

Pemain remaja Jannik Sinner menempah tempatnya dalam pusingan kedua apabila lawannya Guido Pella menarik diri kerana kecederaan kaki dalam set kedua pada keputusan 6-2, 4-4.

Sinner, pemenang tempat kedua Miami Masters, bakal bersemuka dengan Alexei Popyrin dalam pusingan kedua.

Manakala pilihan keenam Andrey Rublev, gigih berusaha sebelum menjadi lelaki pertama untuk  mara ke pusingan ketiga, berlawan selama dua jam dan 20 minit dengan Tommy Paul untuk menang dengan 6-7 (5/7), 6-3, 6-4.

Bekas pemenang kedua Terbuka Madrid, Kei Nishikori menyingkirkan Karen Khachanov 6-7 (6/8), 6-2, 6-2 dalam pusingan pertama.

Pasangan Kanada Felix Auger-Aliassime dan Denis Shapovalov kedua-duanya tewas dalam kekalahan awal.

Auger-Aliassime, pilihan ke-15, kalah 1-6, 4-6 kepada Casper Ruud dari Norway dalam pusingan pembuka, diikuti pilihan ke-11 Shapovalov ditundukkan dengan 4-6, 7-5, 4-6 oleh Alexander Bublik dalam 32 akhir.

Pemain nombor sepuluh dunia Matteo Berrettini membenamkan rakan senegara Itali Fabio Fognini dengan menang 6-3, 6-4 lantas merebut slot pusingan ketiga. — AFP

Advertisement