Anda di sini

COVID-19: Malaysia catat 3,551 kes baharu hari ini - KP Kesihatan

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini merekodkan 3,551 kes baharu COVID-19, menjadikan kes kumulatif COVID-19 di dalam negara kini 427,927.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,137 kes diikuti Kuala Lumpur (477) dan Sarawak (391). 

Kelantan pula mencatatkan 326 kes, diikuti Pulau Pinang (305); Johor (258);  Perak (137); Kedah (112); Pahang (97); Negeri Sembilan (85); Melaka (82); Sabah (69); Terengganu (58); Putrajaya (12); Perlis (tiga) dan Labuan (dua). - Bernama

Advertisement