Anda di sini

Wanita Mali lahirkan bayi kembar sembilan

Advertisement
 

ANKARA: Seorang ibu muda berasal dari Mali mencetuskan fenomena apabila selamat melahirkan sembilan bayi kembar di sebuah hospital di Maghribi pada Selasa.

Halima Cisse, 25, melakar sejarah melahirkan sembilan bayi - lima perempuan dan empat lelaki - ibu dan semua bayi “dalam keadaan baik,”  lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Mali.

Menurut doktor di Mali dan Maghribi, Cisse pada awalnya dijangka melahirkan tujuh bayi kembar menerusi pembedahan, kejutan berlaku apabila doktor tidak dapat mengesan dua lagi bayi semasa ultrasound dilakukan.

Selepas dua minggu menjalani rawatan di sebuah hospital di ibu kota Bamako, doktor meminta rawatan pakar untuk kes yang jarang berlaku itu.

Presiden sementara kerajaan peralihan Mali, Bah Ndaw mengarahkan pihak berkuasa menerbangkan Cisse ke Maghribi. Beliau menerima rawatan di klinik pada 30 Mac, kata kenyataan kementerian itu.

Nonuplet sangat  jarang berlaku dalam amalan perubatan dan kadangkala beberapa bayi baru lahir itu mungkin tidak dapat bertahan untuk hidup. - BERNAMA

Advertisement