Anda di sini

Quartararo akan jalani pembedahan tangan

Advertisement
QUARTARARO
QUARTARARO

LE MANS: Fabio Quartararo akan menjalani pembedahan tangan kanan selepas mengalami kecederaan otot semasa MotoGP Sepanyol hujung minggu lalu, kata kumpulan Yamaha kelmarin.

Seorang jurucakap Yamaha berkata bahawa penunggang Perancis itu dibedah pada Selasa selepas mengalami kesakitan yang ditambah perit dengan tamat di tempat ke-13 di Jerez pada Ahad.

Sungguhpun begitu Quartararo menulis di media sosial beliau telah diluluskan untuk berlumba semasa MotoGP Perancis di Le Mans pada 16 Mei.

Bekas pendahulu kejohanan 22 tahun itu kini duduk di tempat kedua secara keseluruhan, hanya dua skor di belakang pelumba Itali Ducati Francesco Bagnaia selepas empat perlumbaan. — AFP

Advertisement