Anda di sini

Peluang Sevilla menjuarai kejuaraan La Liga tipis setelah tewas di tangan Bilbao

Advertisement
 Babak aksi perlawanan La Liga di antara Sevilla dan Athletic Bilbao di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan. — Gambar AFP
SENGIT: Babak aksi perlawanan La Liga di antara Sevilla dan Athletic Bilbao di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan. — Gambar AFP

MADRID: Peluang Sevilla untuk menjuarai La Liga semakin malap selepas mereka dikecewakan dengan kekalahan 0-1 kepada Athletic Bilbao pada Isnin, setelah Inaki Williams merembat masuk gol kemenangan pada minit ke-90 di Ramon Sanchez Pizjuan.

 Gol pertama Williams sejak Februari merampas kemenangan 1-0 buat Athletic serta meninggalkan Sevilla enam mata di belakang pendahulu Atletico Madrid, dengan berbaki empat permainan.

Perlawanan seterusnya Sevilla akan menentang Real Madrid pada Ahad di Veldebebas, bahagian kedua hujung minggu penting dalam persaingan kejohanan itu, selepas Barcelona bersemuka dengan Atletico pada Sabtu.

Atletico dua mata berkelebihan ke atas Real Madrid dan Barca selepas mereka menundukkan Elche pada Sabtu, sebelum Real Madrid menyingkirkan Osasuna dan Barcelona melepasi Valencia pada malam Ahad.

Sevilla kekal teguh di atas, dengan memenangi lima perlawanan berterusan, namun peluang mereka untuk mara ke tiga teratas kini nampak tipis.

Mereka harus mengalahkan Real Madrid hujung minggu akan datang bagi mengembalikan harapan mereka, sebelum menamatkan musim ini sebagai tuan rumah kepada Valencia, bermain di tempat lawan dengan Villarreal kemudian di padang sendiri ke atas Alaves.

Williams berjaya mengawal gemuruh pada detik getir, menyempurnakan hantaran Oihan Sancet.

Dengan hantaran bola lintang pemain Sevilla Fernando, Williams mempunyai masa untuk memilih posisi,  merembat masuk bola dengan kaki kirinya ke sudut kanan.

Kemenangan itu mengangkat Athletic Bilbao ke tempat ke sembilan, enam mata di belakang Real Betis yang berada di tangga ketujuh. — AFP

Advertisement